Anda di sini

Janna Nick & Dinni Schatzmann dalam drama ‘A.I In Love’

Advertisement
 

ANTARA projek khas yang dilaksanakan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Radio Televisyen Malaysia (RTM) melalui Unit Drama TV RTM tampil menerbitkan drama pendek rantaian bertajuk ‘A.I In Love’ yang bertemakan cinta, kekeluargaan dan teknologi.

Drama empat episod berdurasi 30 minit setiap satu ini bakal disiarkan setiap Ahad bermula 7 Februari ini, jam 11.05 pagi di TV1 dan setiap Sabtu bermula 6 Februari ini, jam 8.30 malam di TV2.

Menurut pengarah Nor Ashikin Zainal, penggambaran drama ini berjalan selama lapan hari pada September tahun lepas dan menggunakan lokasi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Proses yang paling lama adalah pos produksi animasi yang mengambil masa lebih tiga bulan untuk disiapkan.

Drama ini mem-pertaruhkan gandingan Janna Nick dan Dinni Schatzmann sebagai watak utama selain turut menampilkan pelakon Lia Natalia, Sham Visa, Emelda Rosemila, Hana Mohamed, Keith Foo, Ivan Tai dan Sahee Shamsudin.

Ia berlatarkan kisah Audria seorang ‘Sosial Media Influencer’ yang kemurungan akibat dikecam teruk, mengambil keputusan untuk mengurungkan diri di rumah dan memutuskan hubungan dengan dunia luar (termasuk media sosial).

Sejak kecil Iskandar sering dibuli sehinggalah ke zaman kerjanya.

Sebagai Jurutera Programmer muda, Iskandar terpaksa akur menghadiri sesi temubual dalam program Selamat Pagi Malaysia mengenai projek Prototaip ‘Smartglass’ yang dibangunkan oleh syarikat tempat kerjanya.

Melalui program inilah Audria berjaya menjejaki kekasih ‘cinta monyetnya’ dulu. Penyamaran Audria sebagai’secret admire’ bernama MISSTECHLOVER (melalui e-mel) dapat dihidu oleh Iskandar melalui puisi-puisi indah yang pernah mereka kongsi dahulu.

Pertemuan antara Audria dan Iskandar di alam maya mengembalikan kisah kenangan lalu hingga membibit perasaan cinta.

Audria yang kemurungan akibat kecaman netizen kembali bangkit dengan semangat dan motivasi oleh Iskandar.

Hubungan antara Audria dan bapanya Tuan Borhan yang renggang selama ini juga turut pulih kembali.

Satu insiden telah membuatkan Audria tersalah sangkaan hubungan Iskandar dan Dania. Iskandar cuba pelbagai cara untuk memujuk dan menceritakan kisah sebenar.

Akhirnya Iskandar membangunkan satu program ‘ARLENS’ khas buat Audria yang dapat menghubungkan mereka berdua seperti di alam realiti.

Melalui ‘ARLENS’ itu Audria dapat melihat atau berbual dengan Iskandar secara virtual dalam bentuk susuk tubuh hologram.

Usaha Iskandar untuk memenangi hati Audria kembali, berjaya.

Namun niat Audria dan Iskandar untuk berumah tangga terhenti apabila mendapat tahu Tuan Borhan dan Jamilah (rakan ‘reunion’ ITM yang sering berkongsi masalah) juga turut mempunyai niat yang sama. Audria dan Iskandar tidak rela ditinggalkan sekali lagi.

Untuk mengetahui apakah kesudahan drama ini, jangan lupa untuk menontonnya sendiri hanya di RTM.

Advertisement