Anda di sini

‘Never Rarely Sometimes Always’ calon utama Spirit Award

Advertisement
 Gambar fail menunjukkan aktres Sidney Flanigan dan Talia Ryder (kiri) bergambar bersama semasa sesi promosi filem ‘Never Rarely Sometimes Always’ yang ditayangkan dalam pertandingan pada 25 Februari 2020 di Festival Filem Berlinale ke-70 di Berlin. Drama mengenai pengguguran anak oleh remaja berjudul ‘Never Rarely Sometimes Always’ mendapat tujuh pencalonan di Spirit Award yang akan disiarkan secara langsung ketika waktu perdana pada 22 April depan. — Gambar AFP
CALON UTAMA SPIRIT AWARD: Gambar fail menunjukkan aktres Sidney Flanigan dan Talia Ryder (kiri) bergambar bersama semasa sesi promosi filem ‘Never Rarely Sometimes Always’ yang ditayangkan dalam pertandingan pada 25 Februari 2020 di Festival Filem Berlinale ke-70 di Berlin. Drama mengenai pengguguran anak oleh remaja berjudul ‘Never Rarely Sometimes Always’ mendapat tujuh pencalonan di Spirit Award yang akan disiarkan secara langsung ketika waktu perdana pada 22 April depan. — Gambar AFP

FILEM Hollywood mencuri perhatian awal dalam musim anugerah berpotensi sebagai pilihan pada awal minggu ini ketika pengumuman calon-calon Film Independent Spirit Award, dengan drama mengenai pengguguran anak oleh remaja berjudul ‘Never Rarely Sometimes Always’ mendahului dengan tujuh pencalonan.
Ia diikuti rapat oleh kisah kekeluargaan Korea-Amerika berjudul ‘Minari’ dan filem-filem yang dilihat sebagai pilihan anugerah iaitu ‘Nomadland’ dan ‘Ma Rainey’s Black Bottom’.

Spirit Awards hanya mempertimbangkan filem-filem yang dihasilkan untuk bajet bawah AS$22.5 juta, namun merupakan satu penanda awal penting bagi pesaing Oscar, terutama dalam masa setahun yang telah melihat beberapa buah studio besar menangguhkan filem-filem utama akibat pandemik koronavirus.

“Secara jelasnya 2020 merupakan seakan malapetaka untuk Bumi, namun satu talian hayat yang cemerlang sejak beberapa bulan lepas telah menjadi kemampuan untuk melihat begitu banyak filem dan rancangan yang hebat,” kata presiden Film Independent Josh Welsh.

Para calon “memberikan inspirasi kepada kami, menghubungkan kami, dan menjadi satu sumber bagi sinar yang sangat diperlukan bagi menerangi saat-saat yang agak gelap,” tambah beliau.

‘Never Rarely Sometime Always’ ditayangkan buat kali pertama di festival filem Sundance pada Januari 2020, dan telah memenangi tempat kedua dalam festival pra-pendemik di Berlin pada Februari.

Dalam filem AS itu, Sidney Flanigan memegang watak sebagai seorang remaja berusia 17 tahun berasal dari Pennsylvania yang terpaksa pergi ke New York untuk menggugurkan kandungan yang tidak dirancangkan.

Flanigan telah dinominasikan untuk Spirit Award bersama dengan aktres pembantu Talia Ryder. Filem itu juga turut dicalonkan bagi kategori filem dan pengarah terbaik.

‘Minari’, yang berkisar mengenai sebuah keluarga Korea-Amerika yang berpindah ke pendalaman Arkansas pada tahun 1980-an untuk memulakan kehidupan yang baharu, berharap untuk mencontohi kejayaan mengejut oleh pemenang besar Oscar tahun lepas ‘Parasite’.

Filem itu mendapat enam pencalonan, termasuk untuk lakonan bagi bekas pelakon ‘Walking Dead’ kegemaran Steven Yeun dan bintang veteran Korea Selatan Youn Yuh-jung.

- Pencalonan selepas kematian untuk Boseman -

Persembahan terakhir Chadwick Boseman dalam drama ‘blues’ tahun 1920-an berjudul ‘Ma Rainey’s Black Bottom’ turut dicalonkan. Bintang ‘Black Panther’ itu meninggal dunia pada Ogos tahun lepas akibat kanser.

Berlatarbelakangkan dunia muzik Chicago yang dibelenggu dengan rasisme dan eksploitasi, adaptasi pementasan August Wilson dari Netflix itu mendapat lima pencalonan.

Ia telah terikat bersama dengan ‘Nomadland’, sebuah filem mengenai sebuah komuniti golongan warga emas, idealis secara nomad yang menjelajah merentasi Amerika dengan van usang. Filem itu telah memenangi beberapa hadiah semasa festival filem Venice dan Toronto serta dilihat sebagai calon utama Oscar yang kuat.
Kesemua empat filem telah dicalonkan untuk filem cereka terbaik, bersama dengan ‘First Cow’.

Pada tahun-tahun lepas, lima pemenang filem cereka terbaik Spirit Award telah mencapai kejayaan bagi gambar terbaik dalam Anugerah Oscar, termasuk ‘Moonlight’, ‘Spotlight’ dan ‘Birdman’.

Walaupun kebanyakan filem dengan bajet besarnya tidak dapat turut serta, Netflix mendahului senarai pencalonan studio dengan 16 pada Selasa lepas.

Bagi satu musim anugerah yang ditangguhkan dan diubah yang mana akhirnya berjaya dilakukan, pencalonan untuk Golden Globes dan SAG Awards akan menyusul pada minggu depan. Pencalonan Oscar pula dijangkakan pada Mac.
Acara Spirit Awards biasanya diadakan di pantai Santa Monica di California pada tengah hari sebelum Oscar, namun pada tahun ini ia akan disiarkan secara langsung ketika waktu perdana pada 22 April – tiga hari sebelum musim penganugerahan Oscar. — AFP

Advertisement