Anda di sini

Meneroka masa depan cerah bersama BSN

Advertisement

RM1 Juta Menanti 4 orang Pemenang bagi Bulan Jun & Disember 2021 

Setelah lebih empat (4) dekad dalam institusi kewangan negara, Bank Simpanan Nasional (BSN) terus berdiri teguh melaksanakan tanggungjawab serta peranan yang telah dimandatkan oleh kerajaan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang, bangsa dan kedudukan sosial. BSN sebenarnya cukup sinonim dengan rakyat Malaysia. Mana tidaknya, selama tempoh penubuhannya, BSN telah menjangkaui setiap ruang kehidupan pelanggan sama ada di ibu kota mahupun di luar bandar. Tidak kiralah semasa anda masih kecil menyimpan dalam tabung ikonik BSN (tabung gajah), mendapat biasiswa, membeli nombor pin untuk kemasukan ke universiti, kemasukan gaji dalam akaun dan sebagainya. BSN sememangnya sentiasa bersama-sama dengan anda dalam memenuhi setiap keperluan perbankan anda.

Tahukah anda, tidak seperti bank komersial yang lain, BSN menjalankan dwi peranan sebagai sebuah bank dan dalam masa yang sama melaksanakan tanggungjawab dimandatkan oleh kerajaan untuk menggalakkan tabiat menyimpan dan memperkasakan rangkuman kewangan rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang, bangsa dan kedudukan sosial.

“Adalah menjadi misi kami di BSN untuk membina perhubungan jangka panjang yang penuh bermakna dengan setiap pelanggan kami bagi memastikan mereka akan terus mendapat akses kepada kehidupan yang lebih baik. Ini adalah seiring dengan visi BSN iaitu tiada rakyat Malaysia yang ketinggalan” kata Kameel Abdul Halim, Ketua Pegawai Operasi BSN..

Mandat untuk menggalakkan tabiat menyimpan dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan muda sentiasa dipertingkatkan oleh BSN dari semasa ke semasa. Ini dapat dilihat dengan penambahbaikan produk-produk simpanan seperti BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) - lebih RM54 juta jumlah keseluruhan hadiah ditawarkan hanya dari tahun 2020 hingga 2021 sahaja. 

Tahun 2021 ini, BSN menawarkan ganjaran melebihi RM31 juta ringgit dengan hampir 20 ribu jumlah hadiah. Anda juga berpeluang untuk memenangi RM1 juta setiap bulan melalui Cabutan Istimewa BSN SSP. Selain ganjaran tersebut, anda turut berpeluang memenangi syiling emas dengan mengekalkan simpanan minimum RM5,000 dalam BSN SSP anda atau tambah simpanan sekurang-kurangnya RM500. Menarik bukan! Ini adalah suntikan semangat yang BSN laksanakan agar masyarakat Malaysia dapat terus menyimpan lebih-lebih lagi dalam keadaan yang mencabar ketika ini.

BSN juga sedia maklum akan kekangan kewangan yang dihadapi masyarakat, kini perlu berjimat-cermat selain menitikberatkan nilai sesuatu barang/ keperluan dengan jumlah wang yang dibelanjakan. Dalam erti kata lain, value for money. Justeru, BSN telah melancarkan kempen Pembiayaan Peribadi BSN MyRinggit/i khas untuk membantu anda bukan sahaja membiayai pelbagai keperluan malah turut menawarkan bayaran bulanan yang lebih rendah apabila anda membuat penyatuan hutang. Di samping itu juga, anda turut berpeluang memenangi ganjaran seperti Proton X50 atau hadiah-hadiah bulanan lain yang menarik! Kempen bermula dari 1 Januari hingga 31 Mac 2021. Sememangnya berbaloi-baloi! 

Anda boleh mendapatkan akses perbankan kami yang menyeluruh melalui 390 cawangan, 38 Pusat Mikro Kewangan, 675 Mesin Teler Automatik (ATM), 318 Mesin Deposit Wang Tunai (CDM) dan lebih 3,500 Ejen Bank BSN atau EB BSN di seluruh negara (sehingga November 2020). 

Adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan rakyat Malaysia dapat menggapai kehidupan yang lebih baik di samping melaksanakan mandat yang dipertanggungjawabkan iaitu memperkasakan rangkuman kewangan rakyat Malaysia. Kini, anda telah mengetahui mengenai BSN yang terkini. Ada pelbagai lagi yang kami tawarkan di BSN. Layari laman sesawang www.bsn.com.my untuk informasi lanjut. 

Jadi marilah meneroka masa depan yang cerah bersama BSN.

Advertisement