Anda di sini

Washington, Malek & Leto kembali ke ‘noir’ 90-an dalam filem baharu

Advertisement
Poster filem ‘The Little Things’.
Poster filem ‘The Little Things’.

KETIKA ‘The Little Things’ ditulis, Denzel Washington baharu memenangi Oscar pertamanya, Jared Leto merupakan seorang pelakon baharu yang belum dikenali di Hollywood, sementara Rami Malek baharu sahaja tamat sekolah rendah.

Sekarang, setiap seorang dari mereka merupakan bintang pemenang Anugerah Oscar, telah bergabung dalam menghasilkan sebuah filem detektif ngeri, kisah gelap tiga dekad ke panggung wayang, ditayangkan pada Jumaat di panggung dan untuk striming HBO Max.

Memaparkan dunia gelap kriminal yang suram pada tahun 1990 di Los Angeles, filem tersebut melihat seorang polis separuh bersara (Washington) diarahkan bekerja dengan seorang sarjan yang muda dan kacak (Malek) untuk mengesan seorang suspek dalam satu rangkaian pembunuhan kejam (Leto).

Barisan pelakon senarai A itu telah membantu pengarah John Lee Hancock tidak mengikuti skripnya, mengubah dialog dan membentuk semula watak sementara meninggalkan aksi dalam tempoh masa asalnya – lama sebelum forensik gaya ‘CSI’ atau telefon bimbit.

“Anda tidak dapat bayangkan watak pada kali pertama anda membaca skripnya – anda perlu untuk mencari watak tersebut,” menurut Washington, seorang pemenang dua Oscar. “Anda memperkenalkan kepada beliau semasa anda membaca skrip, namun itu merupakan hari pertama untuk bekerja.”

Bagi watak Washington, itu bermakna memberikan sesuatu yang kuat kepada timbalan syerif Joe “Deke” Deacon yang mempunyai satu kisah lampau yang agak kelam dan sangat berdedikasi kepada tugas kepolisan tanpa mengira kesan terhadap kehidupan peribadinya, mahupun  mereka yang terlibat dalam kejadian tanpa sengaja.

Di sebalik premis yang kelihatan berformula, Hancock menulis filem sebagai satu respon kepada filem-filem polis pada awal tahun 1990-an, menyatakan “untuk menerima genre dan mensubversikan ia pada masa yang sama.”

Tiada yang telah dipotong, dari suspek misteri filem tersebut kepada kekurangan petunjuk yang dihilangkan dengan kemas, ketika dua orang anggota polis berusaha mengatasi perasaan jahat mereka sendiri ketika mereka cuba untuk menangkap pembunuh di luar.

Hancock, selepas menemui kejayaan aliran utama dengan ‘The Blind Side’, telah diyakinkan untuk melihat semula skripnya oleh pengarah ‘Breaking Bad’, Mark Johnson.

Washington memberitahu wartawan beliau telah menandatangani kerana penulisan itu dirasai sebagai “berbeza” – dan “sekiranya ia tiada dalam kertas , maka ia tidak akan dillakukan di pentas.”

Bintang ‘Bohemian Rhapsody’ Malek menyatakan mempunyai Washington dalam filem itu menjadikan projek sebagai “tiada pemikiran” dan memuji Leto kerana telah melengkapkan “tenaga yang hebat” bagi ketiga-tiga mereka.

“Ini merupakan satu saat ketika saya ada memikirkan “ saya pernah berjalan di ruangan yang lebih gelap di dunia sepanjang karier saya – mungkin ia adalah masa untuk tidak melakukannya lagi,” tambah Leto, yang memenangi Oscar selepas melakonkan watak seorang wanita pondan dengan HIV dalam ‘Dallas Buyers Club’.

“Namun selepas melihat peluang di sini saya tidak boleh menolaknya.”

Di sebalik latar yang disediakan – dihasilkan dengan hati-hati dengan rakaman di beberapa mercu tanda Los Angeles yang telah mengelakkan pembangunan semula sepanjang dekad – para bintang menyatakan hero di dalam filem telah memberikan satu kisah moden yang mengejutkan ketika era pandemik.

“Di mana obsesi mula untuk mengambil alih begitu banyak aspek lain dalam kehidupan anda.. tahun ini mungkin mengajar kita banyak perkara mengenainya,” menurut Malek.

“Kami telah tertumpu kepada perkara tertentu dan berfikiran sempit, satu terowong visi yang tertentu mengenai apa yang perlu dicapai dalam hidup... kami mungkin mula untuk mengabaikan perkara yang paling penting.

Bagi Leto, dia telah merasakan satu perasaan bagi sering “berlari” dalam mengejar kejayaan karier dengan ”tiada masa untuk tumpuan” malah sebelum koronavirus menghentikan dunia ini.

Leto telah diketahui ramai menginap di sebuah tempat mencari ketenangan yang terletak di gurun yang sunyi ketika pandemik mula melanda di AS, dan ini bermakna beliau agak lambat menyedari mengenai Covid-19.

“Ketika saya pergi ke sana terdapat hanya 150 kes di Amerika, dan kami tidak mempunyai telefon, tiada kontak mata ... semasa saya keluar dari sana terdapat satu arahan penutupan darurat negara,” jelas beliau.

Bagi Washington yang lebih kerohanian, pandemik telah membangkitkan ‘Book of Exodus’, ketika Tuhan “menurunkan plak dan menghantar setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak kembali ke tempat tinggal mereka.”

“Kami semua telah dikembalikan ke tempat asal kami,” terang beliau, sebelum memberikan satu amaran suram.

“Ketika kami kembali keluar, sekiranya kami tidak berhati-hati dan menjaga diri dengan baik serta merawat rakan kami lelaki atau perempuan seperti mana kita ingin dirawati, kita semua akan musnah,” katanya. — AFP

Advertisement