Anda di sini

Ragad hulur barangan bernilai RM10,000 kepada SSPCA

Advertisement
 Zullasmie (tiga kiri) mewakili Ragad menyampaikan sumbangan kepada Donna (lima kanan). — Gambar Astana Negeri Sarawak
KEBAJIKAN: Zullasmie (tiga kiri) mewakili Ragad menyampaikan sumbangan kepada Donna (lima kanan). — Gambar Astana Negeri Sarawak

KUCHING: Isteri Yang di-Pertua Negeri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib menyumbang barangan keperluan bernilai RM10,000 kepada Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan Sarawak (SSPCA) kelmarin.

Pihak Astana Negeri Sarawak dalam kenyataan media semalam berkata, barangan keperluan diberi berikutan tempat perlindungan haiwan terjejas teruk akibat banjir yang melanda Kuching dua minggu lepas.

“Sehubungan itu, Toh Puan Ragad yang merupakan seorang pencinta haiwan menghulurkan sebanyak 20 unit sangkar anjing, lima unit sangkar kucing jenis tiga tingkat, mangkuk aluminium dan makanan kering.

“Pemberian tersebut diharap dapat meringankan beban pihak SSPCA dalam memastikan keadaan tempat perlindungan selesa untuk haiwan yang berlindung di situ,” ujar kenyataan tersebut.

Sumbangan disampaikan oleh Pegawai Tadbir Astana Negeri Sarawak Zullasmie Gapor mewakili Toh Puan Ragad kepada Presiden SPPCA Datin Donna Drury-Wee di SSPCA.

Advertisement