Anda di sini

Maxis komited sokong keperluan pelanggan

Advertisement
Antara filem perayaan Maxis sempena Tahun Baharu Cina.
FILEM:Antara filem perayaan Maxis sempena Tahun Baharu Cina.

KUCHING: Pada masa yang mencabar ini, Maxis tetap komited untuk menyokong keperluan negara dan pelanggan dengan pelbagai inisiatif.

Menjelang perayaan Tahun Baharu Cina, Maxis meraikan pesanan yang membawa inspirasi kepada rakyat Malaysia terhadap kepentingan kesihatan dan nilai kekeluargaan pada masa ini.

Kemakmuran keluarga sejati membawa makna yang berbeza seperti yang digambarkan dalam filem perayaan Maxis, Little Lion.

Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun yang bercita-cita menjadi penari tarian singa yang terkenal dalam kumpulan tarian singa keluarganya, kecewa apabila ahli keluarganya lebih sibuk dengan tugas harian dan bukannya latihan, apatah lagi ketika dalam kekangan pandemik yang menyebabkan kekurangan tempahan persembahan.

Namun, budak lelaki tersebut mendapat pengajaran bahawa kekayaan dan kemasyhuran bukanlah segalanya – yang paling penting, keluarga tetap sihat bersama.

“Mendoakan kesejahteraan antara satu sama lain memang sinonim dengan perayaan Tahun Baharu Cina.

“Bagaimanapun keutamaannya telah berubah sejak kebelakangan ini. Kami ingin berkongsi dengan rakyat Malaysia perspektif yang berbeza dan makna sebenar perayaan yang sering kali diabaikan – kesihatan diri dan orang yang sayangi. Kesihatan bersama adalah harta yang paling berharga bagi sebuah keluarga. “Dalam perayaan tahun ini, lebih-lebih lagi ketika kita mengharungi pandemik COVID-19, Maxis komited untuk membolehkan rakyat Malaysia terus menerajui dan tetap sihat bersama melalui kesalinghubungan digital dan media sosial,” kata Ketua Jenama dan Pemasaran Maxis Tai Kam Leong.

Maxis menjemput keluarga di Malaysia untuk mejadi aktif dan sihat bersama di media sosial melalui aktiviti Tahun Baharu Cina yang menyeronokkan dan diilhamkan oleh pergerakan tarian singa.

Pencipta kandungan, Shaine, Audrey Ooi, Jestinna Kuan, Jorise Lee dan Joe Chang akan menunjukkan lima gerakan dalam video di media sosial.

Dalam semangat perayaan, peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan peserta perlu merakam video diri bersama ahli keluarga atau kawan melakonkan salah satu atau semua kelima pergerakan ini dengan kreatif.

Antaranya pergerakan The Horse Stance, The Lion Leaps, The Lion’s Drum Beat, The Lion Stands Tall dan The Lion’s Strike.

Peserta boleh memuat naik seberapa banyak video di Facebook Maxis dengan hashtag #MaxisHealthytoHuat.

Selai itu peserta dengan video yang menunjukkan kelima-lima gerakan secara paling kreatif berpeluang memenangi telefon Samsung Galaxy Z Fold2 5G, bernilai RM7,999.

Video tersebut mesti dirakam dengan ahli keluarga atau kawan dan mesti dimuat naik menggunakan hashtag #MaxisHealthytoHuat yang betul.

Terdapat 15 telefon Samsung Galaxy Z Fold2 5G untuk dimenangi.

Selalunya, Maxis dan Hotlink ingin memberi ganjaran kepada pelanggannya dengan lebih banyak promosi dan nilai hebat sempena Tahun Baharu Cina.

Untuk mengetahui langkah-langkah menyertai peraduan di media sosial dan menonton filem Little Lion, sila layari https://www.maxis.com.my/healthytohuat/

Sementara itu untuk maklumat lanjut tentang promo dan tawaran, sila layari www.maxis.com.my atau www.hotlink.com.my

Advertisement