Anda di sini

Masalah helikopter, petugas kesihatan ke Long Jeeh ditangguh

Advertisement
Gambar hiasan.
Gambar hiasan.

MIRI: Pasukan kesihatan yang ditugaskan untuk melakukan ujian calitan di Long Jeeh, Ulu Baram terpaksa menunggu esok (29 Januari) untuk diterbangkan menggunakan helikopter dari Miri, kata pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri Datuk Lee Kim Shin.

Sepatutnya pasukan dianggotai dua doktor, dua pegawai perubatan dan seorang jururawat diterbangkan ke penempatan itu pada 8:30 pagi ini, bagaimanapun ditangguhkan ekoran masalah teknikal, jelasnya.

Pasukan tersebut akan diterbangkan pada 8:30 pagi Jumaat menggunakan helikopter gantian dari Kuching.

"Dua helikopter akan digunakan bagi tujuan membawa pasukan kesihatan dan peralatan ujian calitan," kata Lee yang juga Menteri Pengangkutan Sarawak ketika dihubungi, hari ini.

Ujian calitan perlu dilakukan di Long Jeeh selepas dua penduduk dikesan positif COVID-19 baru-baru ini.

Lee menerima pemohonan untuk perkhidmatan helikopter daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu Dato Gerawat Gala.

Kesemua lima blok rumah panjang di kampung itu akan dikenakan perintah sekatan pergerakan selama 14 hari.

Long Jeeh terletak kira-kira tujuh jam perjalanan menggunakan kenderaan pacuan empat roda dari Bandar Raya Miri.

  • oleh
  • Advertisement