Anda di sini

Julia tolak tempahan bersih rumah menjelang TBC

Advertisement
 Julia (tengah) dan dua pekerjanya sebelum memulakan kerja pembersihan di salah sebuah rumah pelanggan.
TINJAU: Julia (tengah) dan dua pekerjanya sebelum memulakan kerja pembersihan di salah sebuah rumah pelanggan.

SIBU: Perkhidmatan pembersihan dari rumah ke rumah yang menjadi sumber pendapatan lumayan menjelang musim perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) bagi ibu tunggal Julia Lamban kini terpaksa ditangguhkan.

Ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 telah dikuatkuasakan di Sibu mulai 16 Januari hingga 2 Februari depan.

Sebelum PKP ini, beliau menaruh harapan untuk mendapatt rezeki yang lumayan apabila menerima tempahan yang banyak sejak November lalu.

Akur dengan keadaan sekarang, beliau terpaksa membatalkan banyak tempahan daripada suri rumah terutama mAenjelang perayaan TBC akan datang.

“Saya telah menerima beberapa tempahan daripada keluarga-keluarga Cina untuk membersihkan rumah mereka sebelum Gong Xi Fa Cai ini.

“Tetapi saya beritahu mereka bahawa khidmat saya terpaksa ditangguhkan sehingga PKP tamat,” kata Julia yang kelihatan sugul ketika ditemui di sini, kelmarin.

Ibu tunggal berusia 26 tahun itu yang mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun hanya akan mempertimbangkan untuk memberi perkhidmatan itu dengan menyediakan jumlah pekerja kurang daripada kebiasaannya semasa PKP ini.

“Saya hanya akan menghantar dua pekerja berbanding empat tukang cuci seperti kebiasaannya ke setiap rumah sekiranya pemilik bersetuju.

“Walaupun jumlah yang bekerja kurang separuh, saya memberi jaminan bahawa kualiti perkhidmatan tiada kompromi,” katanya yang mula menjalankan perkhidmatan pembersihan rumah sejak November lalu.

Menurutnya, pekerjanya terdiri daripada saudara-mara dan rakan-rakan yang merupakan suri rumah.

Mengenai caj perkhidmatan membersih rumah, dia akan mengenakan bayaran RM15 sejam.

“Kerja-kerja pembersihan untuk rumah dua tingkat boleh disiapkan dalam masa sehingga empat jam.

Katanya, khidmat memotong rumput turut disedia-kan dengan kadar caj yang minimum.

“Idea untuk menjalankan perniagaan ini timbul kerana saya mendapati kebanyakan keluarga tidak mempunyai masa untuk membersihkan rumah mereka.

“Oleh itu, saya memikirkan perkhidmatan ini ada potensi dan harga caj yang berpatutan bukan sekadar untuk membersihkan rumah tetapi juga pejabat,” katanya.

Namun perkhidmatannya hanya dapat dilakukan pada hujung minggu kerana beliau juga bekerja di pejabat pada hari biasa.

“Saya perlu bersama pekerja saya ketika menjalankan kerja-kerja pembersihan untuk pelanggan.

“Saya harus berada di sana bukan hanya untuk memasti-kan bahawa perkhidmatan kami memenuhi kepuasan pelanggan kami,” katanya sambil menambah mereka mampu membersihkan tiga rumah sehari.

Selain khidmat membersihkan rumah, Julia juga menyediakan perkhidmatan mendobi dengan harga RM10 untuk cucian 10 kilogram pertama.

Beliau akan pergi ke rumah pelanggannya untuk meng-ambil pakaian dan membasuhnya di rumahnya.

Julia berharap apabila PKP berakhir kelak dengan Tahun Baharu Cina menjelang, dia akan sibuk memastikan semua tempahan dapat diterima.

  • oleh
  • Advertisement