Anda di sini

Siri popular Netflix ‘Bridgerton’ akan kembali dengan musim kedua

Advertisement

KISAH romantik Regency ‘Bridgerton’ telah pun diperbaharui oleh Netflix untuk kembali semula dalam musim kedua.

Daripada pengarah ‘Grey’s Anatomy’ Shonda Rhimes, siri ini memberikan sentuhan moden terhadap siri novel mengenai sebuah keluarga kelas atasan pada awal kurun ke-19 di England, selain memper-kenalkan barisan pelakon yang pelbagai dan tema feminis yang kuat.

Salah satu dari siri asal paling popular di Netflix, ia telah ditonton oleh lebih 63 juta isi rumah dalam masa empat minggu sejak tayangan perdananya pada Hari Krismas, menurut platform tersebut.

“Buat para pembaca, kelas atasan heboh dengan gosip terbaharu, dan maka ia adalah penghormatan bagi saya untuk menyatakan kepada anda: Bridgerton akan kembali secara rasmi untuk musim kedua,” menurut satu mesej di dalam akaun media sosial rancangan tersebut, dengan gaya penceritanya Lady Whistledown.

Musim pertama mengisahkan tentang Daphne Bridgerton (Phoebe Dynevor) ketika dia membuat penampilan pertamanya di Regency London, mencari seorang suami. Siri novel romantik ‘Bridgerton’ yang ditulis oleh Julia Quinn memaparkan adik beradik Bridgerton yang berbeza dalam setiap buku.

Penggambaran akan diteruskan pada musim bunga, dan musim kedua akan tertumpu kepada ‘aktiviti romantik’ abang sulung Daphne, Lord Anthony Bridgerton (Jonathan Bailey).

Siri itu mendapat penarafan ‘segar’ 90 peratus daripada peng-kritik dalam laman sesa-wang Rotten Tomatoes.

Ia adalah yang pertama dikeluarkan di bawah perjanjian besar-besaran Rhimes dengan Netflix, dilaporkan bernilai AS$150 juta dan diumumkan kira-kira 40 bulan lepas.

Kisahnya bermula pada tahun 1813 di England, di bawah pemerintahan Putera Wales, ketika satu pergolakan budaya yang ditandakan oleh penulis seperti Jane Austen dan Mary Shelley.

Tidak seperti siri drama terkenal zaman tersebut seperti ‘Downton Abbey’, ‘Bridgerton’ adalah bebas dengan ketepatan dari segi sejarah dalam langkah untuk menarik perhatian penonton moden.

Sementara kostum dan set adalah kebanyakan menyerupai era tersebut, sikap karektor, bahasa dan kepentingan adalah lebih bersesuaian dengan penonton dari kurun ke21.

Sebagai contoh, sebuah orkestra dewan memainkan ‘thank U, next’, lagu terkenal 2018 oleh bintang pop terkenal Ariana Grande, ketika pembukaan satu majlis tari-menari.

Penceritaan penuh misteri dan serba tahu oleh Lady Whistledown, dengan suara Julie Andrews, adalah sama dengan siri TV terkenal ‘Gossip Girl’.

Rancangan itu turut menampilkan pelakon kulit Hitam dalam watak masyarakat kelas atasan, di sebalik fakta tentang perhambaan yang hanya dimansuhkan pada 1833 di England, dan rasisme yang menular pada permulaan kurun ke-19.

Rhimes, terkenal untuk menampilkan artis dan profesional dari pelbagai latar belakang dalam projek beliau, telah memberikan sentuhan terakhir dalam siri Netflix baharunya ‘Inventing Anna’.

Berdasarkan pada satu artikel majalah, ia akan menggambarkan satu kisah benar yang menakjubkan mengenai seorang penipu kelahiran Rusia yang menyamar sebagai seorang pewaris kaya dari Jerman dalam usaha untuk masuk dalam kalangan masyarakat kelas atasan Kota New York . — AFP

Advertisement