Anda di sini

Netflix ‘Lupin’ kukuhkan kebangkitan kandungan TV antarabangsa

Advertisement
 

KEJAYAAN siri jenayah Perancis ‘Lupin’ di Netflix, yang menyusuli kejayaan rancangan Sepanyol terkenal ‘Money Heist’, mungkin memberikan satu petanda bahawa dominasi AS semakin pudar dalam skrin kecil ketika pemain Eropah, Amerika Latin dan Korea Selatan mula menguasai platform striming.

“Sepuluh tahun lepas, 90 peratus dari kreativiti adalah pada Amerika Syarikat,” menurut Pascal Breton, pengasas dan ketua bagi syarikat produksi Federation Entertainment. “Terdapat beberapa bahagian kreatif tempatan yang bagus, namun ia tidak mampu pergi jauh.”

Namun peningkatan pada kelajuan internet, penambahan pada permintaan televisyen dan contoh yang diberikan oleh rangkaian berbayar Amerika, diketuai oleh HBO, telah mendesak rakan mereka di luar negara untuk bertaruh dalam rancangan TV, di mana kebanyakannya telah bergantung kepada sinema dan sukan sebelum ini.

‘Spiral’ (asalnya ‘Engrenages’), ‘Carlos’, atau ‘Braquo’, kesemuanya dikeluarkan untuk Canal+, menunjukkan satu citarasa global yang berkembang bagi produksi dan siri TV bukan bahasa Inggeris.

Ia telah diikuti dengan rancangan dari rangkaian umum seperti ‘Borgen’ yang menjadi fenomena politik Denmark pada 2010-13, dan dari tahun 2010, rancangan British ‘Sherlock’, yang mana walaupun dihasilkan dalam Bahasa Inggeris telah mendapat minat terutama bagi bukan Amerika.
Kemunculan platform antarabangsa, kebanyakannya Netflix namun juga yang mutakhir seperti Amazon dan Disney+, telah memainkan satu peranan penting dalam memacukan minat untuk kandungan sebegini.

Mengukuhkan permintaan antarabangsanya, Netflix turut menyediakan sari kata bagi semua produksinya dan mengalih bahasa untuk kebanyakannya, membolehkan satu siri bukan Inggeris seperti ‘Lupin’ mendahului kedudukan tontonan utama global.

Bagi mengukuhkan kedudukan di luar negara, platform AS menghasilkan bahan tempatan di beberapa buah negara, melalui beberapa buah syarikat produksi yang bertapak di sana.

Di Korea Selatan, dan sekarang di Eropah, perkhidmatan video atas permintaan di dalam internet juga diperlukan bagi menyumbang dari segi kewangan kepada sektor audiovisual di negara di mana mereka ditubuhkan.

Dalam keadaan baharu ini bagi produksi televisyen, rakyat Amerika “masih lagi berkuasa”, menurut Breton, namun “terdapat satu pengimbangan semula yang sebenarnya”, di mana beliau menjangkakan akan meningkat.

Cheyenne Federation, sebahagian dari kumpulan Federation yang bertanggungjawab mengeluarkan ‘The Bureau’ (asalnya ‘Le Bureau des Legendes’) dan ‘Marseille’, sekarang sedang menghasilkan satu siri berkaitan dengan kebakaran Notre-Dame, dijangkakan pada 2022, dengan jangkaan bajet hampir menyamai dengan ‘Lupin’.

Mengikut jejak langkah produksi bahasa Inggeris, rancangan telah menjadi semakin terikat kepada “bentuk subjek dan naratif yang lebih bersifat antarabangsa”, kata Breton.

“Sama ada ia adalah Versailles atau Saint-Tropez, ini adalah subjek global,” kata beliau, dan mendapat satu perhatian antarabangsa, seperti Mafia dan Itali dalam ‘Gomorrah’ atau Colombia dan pengedaran dadah dalam ‘Narcos’.

Dalam ‘Lupin’, muzium Louvre bertindak sebagai satu tarikan, namun bagi Breton, kejayaan rancangan boleh dijelaskan melalui cara penyampaiannya.
Ia “kelihatan sedikit sebanyak sepert filem Luc Besson (‘The Fifth Element’, ‘Leon: The Professional’), satu-satunya yang berada dalam panggung wayang Perancis yang memahami pasaran antarabangsa,” jelas beliau.

Malah, beberapa orang yang pernah berkolaborasi dengan pengarah itu adalah mereka yang berada di sebalik tabir Lupin. “ — AFP

Advertisement