Anda di sini

Bung: Tambah lori tangki untuk bekalan air pendudik Paitan

Advertisement
 Bung Moktar bersama Jafry, Limus dan James berbincang dengan pegawai Jabatan Air, Jaini Tiksun.
BINCANG: Bung Moktar bersama Jafry, Limus dan James berbincang dengan pegawai Jabatan Air, Jaini Tiksun.

BELURAN: Timbalan Ketua Menteri Sabah I Datuk Sri Bung Moktar Radin meminta Jabatan Air Sabah menambah lori tangki air di Paitan bagi membekalkan air bersih kepada penduduk yang terjejas akibat jalan raya di Kilometer 127.7 Jalan Paitan -Kanibungan terputus akibat tanah runtuh.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata  hanya terdapat satu tangki air untuk membekal air bersih kepada 600 pengguna.

"Ini sudah tentu tidak dapat meringankan beban penduduk yang kini terputus bekalan air akibat jalan raya terputus", katanya.

Bung Moktar berkata akibat jalan raya ini runtuh telah menyebabkan paip-paip air di kawasan itu pecah.

Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan jalan raya itu di Paitan pada petang Selasa.

Dalam masa yang sama, Bung Moktar juga meminta Jurutera Jabatan Air Sabah di daerah-daerah untuk mengemukakan kertas kerja berhubung dengan air di semua daerah dalam mempertingkatkan  kualiti air di negeri ini.

Ditanya mengenai data-data jalan di seluruh Sabah, beliau menjelaskan data-data jalan itu kini telah ada.

"Setakat ini saya belum melihat laporan itu ekoran berada di luar kawasan.

"Apabila sampai esok di Pejabat Kota Kinabalu, saya akan meneliti laporan-laporan tersebut, untuk melihat spot tertentu untuk tindakan sewajarnya", katanya.

Hadir sama, Menteri Pelancongan Dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin, Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Limus Jury dan Pembantu Menteri Pertanian Dan Perikanan Sabah Datuk James Ratib.

  • oleh
  • Advertisement