Anda di sini

Siri TV popular: Kebangkitan Gelombang Baharu Perancis

Advertisement
 Omar Sy sebagai versi moden bagi pencuri lelaki budiman yang disayangi ramai di Perancis, Arsene Lupin, telah menjadi hit segera.
LUPIN DI NETFLIX: Omar Sy sebagai versi moden bagi pencuri lelaki budiman yang disayangi ramai di Perancis, Arsene Lupin, telah menjadi hit segera.

‘LUPIN’ terbitan Netflix merupakan siri terbaharu daripada beberapa siri Perancis untuk menjadi siri-siri yang amat popular pada peringkat antarabangsa.

Dahulu pernah dicemuh kerana kurang mengeluarkan drama asal, siri Perancis sudah menjadikan Nordic Noir sebagai siri-siri kegemaran penstriman baharu, malah lebih menyinar jika dibandingkan dengan siri-siri terkemuka dari Amerika Syarikat dan Britain.

Di bawah adalah siri-siri penting daripada Gelombang Perancis baharu:

‘LES REVENANTS’

Siri seram yang sering dipanggil ‘The Returned’ ini memenangi anugerah Emmy bagi drama terbaik untuk musim pertamanya pada 2013.

Ceritanya yang amat asli tentang orang yang baharu mati dan muncul semula dalam keadaan yang kelihatan masih hidup dan sihat di sebuah perkampungan Gunung Alps telah menakutkan dan memukau audiens dengan adunannya yang seram dan aksi luar alam nyata.


‘ENGRENAGES’

Drama polis yang lasak dan kadang-kadang diterjemahkan sebagai ‘Spiral’ ini telah menerokai rasuah, migrasi dan perkauman dalam lapan musimnya setakat ini.

Ia memenangi anugerah Emmy kedua untuk siri terbaik bagi penerbitnya Canal+, HBO Perancis, pada 2015.

‘THE BUREAU’

Lima musim bagi siri aksi perisikan yang bergaya dalam jabatan sulit asing Perancis dan dibintangi dua Mathieus yang paling terkenal di negara itu iaitu Kassovitz dan Amalric telah menerima pujian sejagat.

Dengan jalan cerita yang begitu menggambarkan peristiwa dunia sebenar, ia merupakan antara siri yang paling kerap dimuat turun di AS dan Kanda dan merupakan salah satu siri yang paling berjaya terbitan Canal+ dalam sejarah.

Kejayaannya juga membantu melancarkan siri sampingan lawak, ‘A Very Secret Service’, yang memaparkan siri-siri sampingan Perancis yang amat seksis dan cauvinis dari tahun-tahun 1960-an, yang telah dibeli oleh Amazon.

‘FAIS PAS CI, FAIS PA CA’

Sitkom ala mokumentari itu tentang dua buah keluarga yang sangat berbeza di Paris mengubah wajah TV awam Perancis dengan musim pertamanya pada 2007.

Tajuknya bermaksud ‘Jangan buat ini, jangan buat itu’ dan diambil daripada sebuah lagu klasik pada tahun-tahun 1960-an, muzik tema bagi siri itu, tentang ibu bapa yang kuat berleter daripada penyanyi Perancis, Jacques Dutronc.

Rangkaian ABC di AS dengan cepat membeli hak kepada versi Amerika sebelum pesaing CBS menyiarkan ‘Modern Family’ pada 2009.

Peminat dengan cepat menarik perhatian kepada persamaan di antara kedua-dua siri itu, tetapi ia tidak menghalang siri Perancis itu daripada dijual di seluruh dunia.

‘CALL MY AGENT!’

Dicipta oleh Fanny Herrero, yang turut menulis ‘Fais pas ci, fais pa ca’, siri tentang sebuah agensi bakat di Paris itu telah menjadi komedi yang sensasi, dengan memaparkan penampilan kameo daripada bintang terkemuka dari Perancis dan Hollywood yang berlakon sebagai budak-budak manja yang mengamuk seperti apa yang kita mungkin harapkan mengenai mereka.

Diambil oleh Netflix dari France 2, ia turut melancarkan karier dua bintangnya iaitu Camille Cottin dan Laure Calamy.

‘PARLEMENT’

Komedi gelap yang berlatarkan Parlimen Eropah ini merupakan siri hit pada waktu sekatan pergerakan di Perancis, dengan perarakan stereotaip kebangsaan yang wajar bagi sebuah komik Asterix dan beberapa persembahan yang hebat.

Dibuat dalam bahasa Inggeris, bahasa Perancis dan bahasa Jerman, dengan jalan cerita kecil Brexit yang hebat, musim kedua sudah pun dalam perancangan.

‘LUPIN’

Siri Netflix yang dibintangi Omar Sy sebagai versi moden bagi pencuri lelaki budiman yang disayangi ramai di Perancis, Arsene Lupin, telah menjadi hit segera.

Dalam tempoh beberapa minggu pertama, ia sudah mengatasi ‘Bridgerton’ dan ‘The Queen’s Gambit’ yang telah digembar-gemburkan dan bakal mendapat 70 juta tontonan.

‘OVNI(s)’

Sajian terbaharu daripada kilang hit Canal+ adalah sebuah komedi berlatarkan para penyiasat agensi Perancis amat tulen yang menyiasat UFO (Objek Terbang Tidak Dikenali) pada tahun 1970-an. Sama ada GEPAN yang sebenar memiliki flamingo peliharaan berwarna merah jambu sudah tentulah satu rahsia kerajaan. — AFP

Advertisement