Anda di sini

JKR anggar kos RM15 juta baikpulih jalan raya Paitan yang runtuh

Advertisement
 Bung Moktar bersama Jafry, Limus dan James diberi penerangan mengenai jalan raya Paitan-Kinabungan yang terputus akibat tanah runtuh oleh pegawai JKR.
RUNTUH: Bung Moktar bersama Jafry, Limus dan James diberi penerangan mengenai jalan raya Paitan-Kinabungan yang terputus akibat tanah runtuh oleh pegawai JKR.

BELURAN: Kementerian Kerja Raya Sabah menganggarkan RM15 juta peruntukan diperlukan bagi membaikpulih kerosakan jalan akibat tanah runtuh di kilometer 127.7, Jalan Paitan - Kanibungan, di Paitan.

Timbalan Ketua Menteri Sabah I Dato' Sri Bung Moktar Radin berkata jalan raya itu akan sibaikpulih bagi menyambung semula  jalan berkenaan yang runtuh itu telah menyebabkan jalan terputus dan kuarters Loji Rawatan Air Paitan turut juga runtuh.

"Peruntukan dianggarkan RM15 juta tetapi mungkin kurang atau lebih dari jumlah dianggarkan itu. 

"Kita akan meminta laporan dari pakar-pakar yang kita libatkan dalam pembinaan semula jalan ini", katanya selepas melawat jalan raya berkenaan, hari ini.

Bung Moktar berkata pakar-pakar ini adalah yang terlibat penentuan bajet-bajet kerana ini memerlukan banyak kerja teknikal.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya Sabah telah mengarahkan Pejabat Daerah Kecil Paitan untuk membuat menyuarat khas dengan memanggil semua agensi berkaitan untuk membuat kajian jalan raya putus.

Bung Moktar yang juga  mahu Jabatan Geologi Sabah, Jabatan Pengaliran Dan Saliran Sabah dan Jabatan Tanah Dan Ukur Sabah dilibatkan dalam mesyuarat khas itu bagi menyelesaikan masakah ini.

"Saya mahu masalah ini dapat diselesaikan dalam empat atau lima bulan ini", katanya.

Beliau memberitahu dia telah diberi taklimat dari Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Air mengenai kejadian berkenaan.

"Ini telah menimbulkan masalah dengan menjejaskan ekonomi rakyat", katanya.

Bung Moktar berkata apabila jalan raya ini putus telah sudah tentu pengusaha sawit tidak dapat menghantar buah sawit mereka ke kilang-kilang.

Turut sama, Menteri Pelancongan Dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin, Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Limus Jury dan  Pembantu Menteri Pertanian Dan Perikanan Sabah yang juga ADUN Sugut Datuk James Ratib.

  • oleh
  • Advertisement