Anda di sini

Tyler Perry penerima anugerah kehormat Oscar 2021

Advertisement
 Gambar fail yang diambil pada 1 Oktober 2019 ini menunjukkan Tyler Perry menghadiri majlis penyerahan bintangnya di  Hollywod Walk of Fame Star di Hollywood, California. Perry akan menerima anugerah kehormat di Anugerah Oscar pada tahun ini bagi kerja kemanusiaannya, termasuk usaha untuk mengembalikan kerja industri hiburan dengan selamat sewaktu pandemik koronavirus, umum penganjur acara berkenaan baru-baru ini. — Gambar AFP
DIIKTIRAF: Gambar fail yang diambil pada 1 Oktober 2019 ini menunjukkan Tyler Perry menghadiri majlis penyerahan bintangnya di Hollywod Walk of Fame Star di Hollywood, California. Perry akan menerima anugerah kehormat di Anugerah Oscar pada tahun ini bagi kerja kemanusiaannya, termasuk usaha untuk mengembalikan kerja industri hiburan dengan selamat sewaktu pandemik koronavirus, umum penganjur acara berkenaan baru-baru ini. — Gambar AFP

PEMBUAT filem AS Tyler Perry akan menerima anugerah kehormat di Anugerah Oscar pada tahun ini bagi kerja kemanusiaannya, termasuk usaha untuk mengembalikan kerja industri hiburan dengan selamat sewaktu pandemik koronavirus, umum penganjur acara berkenaan baru-baru ini.

Mogul hiburan berkulit hitam itu telah mendirikan sebuah ‘kampus’ penerbitan seluas 330 ekar di sebuah pangkalan tentera Konfederat era Perang Saudara di Atlanta, Georgia, di mana ratusan telah diambil bekerja sementara COVID-19 menutup penerbitan di Los Angeles dan bandar raya lain.

Perry telah memperjuangkan kepelbagaian yang lebih meluas di Hollywood, menerbitkan puluhan filem dan program TB yang dibintangi kebanyakan pelakon Afrika Amerika, dan pada tahun lepas membayar kos pengebumian untuk mangsa keganasan polis termasuk George Floyd.

“Pengaruh Tyler kepada kebudayaan menjangkau jauh di luar kerjanya sebagai pembuat filem,” kata David Rubin, selaku presiden Academy of Motion Picture Arts and Sciences.

“Dia dengan senyap dan tenang memberi tumpuan kepada kempen keadilan sosial dan kemanusiaan dari awal kariernya, menjaga orang untuk selalunya tidak dihiraukan.”

Perry yang berusia 51 tahun, seorang penerbit, pelakon, penulis dan pengarah, mula-mula mencapai kejayaan aliran utama di Amerika Syarikat (AS) dengan watak neneknya yang lantang bersuara Madea dalam filem ‘Diary of a Mad Black Woman’ pada 2005.

Beberapa filem Madea menyusul, semuanya dengan Perry yang mengenakan pakaian wanita untuk membawa watak tajuk filem tersebut.

Dia juga pernah muncul dalam filem seperti ‘Star Trek’ (2009), ‘Gone Girl’ (2014) dan ‘Vice’ (2018).

Sejak itu, filem, program TV dan pementasannya telah menjadikannya nama terkenal di AS, terutamanya di kalangan warga Afrika Amerika, dan menurut Forbes dia menjadi seorang bilionair pada tahun lepas, tetapi dia masih tidak begitu dikenali di luar negara.

Perry diberi penghormatan berasingan di Anugerah Emmy untuk dunia televisyen, yang diadakan secara maya pada September lalu.

Anugerah Kemanusiaan Jean Hersholt kadang kala disampaikan oleh Akademi berkenaan sejak tahun 1957, dan kali terakhir diberikan kepada bintang ‘Thelma & Louise’ Geena Davis kerana kerjanya mempromosikan kesamarataan jantina dalam media.

Pemenang lain pada masa lalu termasuk Angelina Jolie, Oprah Winfrey dan Elizabeth Taylor.

Sejak beberapa tahun lalu, hadiah itu telah disampaikan di acara Anugerah Gabenor berasingan anjuran Akademi berkenaan, yang diadakan di Los Angeles sebelum Anugerah Oscar, tetapi acara itu dibatalkan pada tahun ini disebabkan oleh pandemik.

Perry akan menerima anugerahnya di Majlis Anugerah Oscar Ke-93, dijadualkan berlangsung pada 25 April, yang juga akan menyaksikan anugerah Jean Hersholt kedua diserahkan kepada Motion Picture and Television Fund (MPTF).

MPTF, yang ditubuhkan bersama bintang mega era filem senyap Mary Pickford seabad yang lalu, memberi bantuan kewangan dan khidmat lain kepada pekerja industri hiburan yang mengalami masalah.

Akademi mengubah peraturannya selama setahun sahaja untuk membolehkan sesebuah institusi menerima penghormatan, buat pertama kali.

“Sumbangan organisasi itu sewaktu pandemik telah memberi impak yang signifikan ke atas komuniti hiburan, dengan memberikan sokongan khidmat sosial kepada hampir 9,000 anggota industri pada 2020,” kata Akademi. — AFP

Advertisement