Anda di sini

Penagihan bakul makanan di DUN Kakus selesai

Advertisement
 Petugas Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kakus menyampaikan bantuan Bakul Makanan Sarawakku Sayang kepada penduduk di beberapa rumah panjang di kawasan DUN Kakus.
BANTU: Petugas Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kakus menyampaikan bantuan Bakul Makanan Sarawakku Sayang kepada penduduk di beberapa rumah panjang di kawasan DUN Kakus.

TATAU: Penyerahan bakul makanan Sarawakku Sayang kepada 69 rumah panjang merangkumi 1,043 penerima di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kakus telah selesai dilaksanakan.

Pengagihan dilaksanakan oleh petugas Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kakus dan sukarelawan Gabungan Parti Sarawak (GPS) DUN Kakus pada 21 dan 22 Januari lalu.

Ia diselia oleh Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Kakus yang diketuai Eugene John Sikie dengan menggunakan sembilan pikap membabitkan 20 petugas.

Pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah Tatau dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Tatau turut membantu dalam penghantaran bakul makanan ke kawasan terbabit dengan penghantaran pada 22 Januari membabitkan 480 bakul makanan.

Mewakili penduduk Sungai Arip, Tuai Rumah Janting Bajieng mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas bantuan itu.

“Terima kasih juga kepada Pusat Khidmat Masyarakat yang menghantar bantuan tersebut ke kawasan rumah-rumah panjang yang memerlukan,” katanya kelmarin.

Penyerahan bantuan bakul makanan itu turut disertai oleh Pemanca Gerosen Jubin dan Penghulu Alister Alli Digat.

Pengagihan membabitkan Rumah Gansau Sungai Arip dan 11 rumah panjang lain di kawasan itu, Rumah William Badi, Ulu Arip Selangau dan 13 rumah panjang lain, Rumah Kechendai, Kepayang Jaya dan lapan rumah panjang lain serta Rumah Lunin dan empat rumah panjang  lain.

Advertisement