Anda di sini

PBSM Miri teruskan kempen bantu Tabung Darah Hospital Miri

Advertisement

MIRI: Sebanyak 15 pain darah berjaya dikumpul untuk Tabung Darah Hospital Miri dalam kempen yang diadakan di Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Miri, semalam.

Pengerusi penganjur Kaunselor Karambir Singh memberitahu, seramai 19 orang terlibat dalam aktiviti mingguan itu di Institut Latihan PBSM.

“Sama ada dalam tempoh PKP atau tidak, bekalan darah tetap diperlukan oleh setiap hospital. Oleh itu, penduduk diajak untuk menderma darah di pusat-pusat menderma darah terdekat,” jelasnya.

Semalam merupakan aktiviti kali ke-83 di PBSM bermula 25 Mac tahun lalu sebagai memberi kemudahan kepada penduduk di sini untuk menderma darah.

Mereka juga boleh menderma darah di Tabung Darah Hospital Miri.

“Seramai 3392 orang telah mendaftar dan daripada jumlah itu seramai 2961 layak untuk menderma darah,” jelasnya.

Aktiviti sama akan diadakan pada hari ini bermula jam 8.30 pagi hingga 1 petang.

Advertisement