Anda di sini

Kolej IBS Miri julung kali anjur graduasi secara maya

Advertisement
 Ting menghadiri majlis graduasi secara maya.
MANFAAT TEKNOLOGI: Ting menghadiri majlis graduasi secara maya.
 Empat pelajar cemerlang menerima anugerah dalam bidang masing-masing.
TAHNIAH: Empat pelajar cemerlang menerima anugerah dalam bidang masing-masing.
 Warga kerja dan pensyarah Kolej IBS, Miri.
TULANG BELAKANG: Warga kerja dan pensyarah Kolej IBS, Miri.

MIRI: Kolej IBS Miri semalam sekali lagi melakar sejarah manis apabila buat pertama kalinya mengamalkan norma baharu dengan menganjurkan majlis graduasi secara maya di mana ia diadakan secara dalam talian.

Majlis penyampaian ijazah dan sijil kali ke -18 Kolej IBS Miri dirasmikan Menteri Muda Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan oleh Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.

Turut hadir menyaksikan majlis ini ialah tetamu istimewa Dato’ Peter T.S.Ng (Pengasas dan CEO Kumpulan UCSI) dan Dr Antony Hii selaku Pengerusi Kolej IBS serta seluruh warga kerja dan pensyarah Kolej IBS.

Uniknya, kali ini dif-dif kehormat turut menyaksikan majlis graduasi secara dalam talian.

Majlis graduasi itu menyaksikan 172 pelajar menamatkan pengajian dalam bidang masing-masing dari sijil hingga ke ijazah sarjana.

Dr Antony turut menzahirkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kolej IBS atas kejayaan buat kedua kalinya mendapat penarafan 6 Bintang daripada Kementerian Penganjian Tinggi Malaysia untuk MyQuest 2018/2019.

Sementara itu, Ting dalam ucapannya merakamkan penghargaan dan tahniah kepada semua tenaga kerja IBS atas kejayaan melangsungkan majlis graduasi mengikut norma baharu.

Meskinpun tidak diadakan secara bersemuka seperti kebiasaanya namun suasana graduasi berlangsung seperti yang sebenar, katanya.

Ting turut memuji usaha yang dilakukan sebagai sangat baik dan bernas kerana ia juga merupakan majlis graduasi yang julung kalinya diadakan di Miri amnya dan Sarawak khususnya.

Majlis graduasi kali ke-18 ini juga turut menyaksikan 4 pelajar menerima anugerah dalam bidang masing-masing.

Grace siew Lin Choo penerima anugerah akademik terbaik ijazah sarjana Muda UCSI Universiti kampus Miri serta penerima Anugerah Usahawan dari Yang berbahagia Dato’ Peter T.S.Ng’s.

Bagi pelajar diploma bagi kategori terbaik dirangkul oleh Alvin Than Jiunn Jye dan Ewee Ying Sing.

Turut menjadi tumpuan pada majlis graduasi kali ini ialah penganugerahan Khidmat Masyarakat oleh Ting kepada pelajar Christopher Emmanuel Leonard Kasi kerana banyak menyertai aktiviti dan berbakti kepada masyarakat.

Majlis ditangguhkan oleh Pengetua Kolej IBS Miri Dr Lau Pun Lee yang turut mengingatkan semua pelajar agar terus menjaga jarak fizikal dan mengamalkan norma baharu seterusnya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua graduan yang bergraduasi.

Untuk makluman, Kolej IBS Miri kini membuka pengambilan pelajar untuk pengajian dari peringkat sijil, diploma, ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana.

Untuk keterangan lanjut, ibu bapa dan para pelajar boleh terus menghubungi talian utama Kolej IBS Miri 085-438666 atau hubungi secara langsung pegawai program kaunselor Kolej IBS Miri iaitu Ricky 012-8991207, Jack Sie 016-2592466, Kenji 013-8652138, Alvester 011-31965281 atau Karen 014-5974403.

Pelajar juga boleh menghantar permohonan melanjutkan pengajian di laman sesawang www.ibs.edu.my atau e-mel kepada [email protected]/[email protected].

Advertisement