Anda di sini

KESURES kumpul dana untuk bantu penghuni pusat kuarantin

Advertisement
 Dullah (lima kiri) ketika menyerahkan sumbangaan kepada wakil penerima disaksikan oleh yang lain.
TERIMALAH: Dullah (lima kiri) ketika menyerahkan sumbangaan kepada wakil penerima disaksikan oleh yang lain.

MUKAH: Kelab Sukan Rekreasi Politeknik Mukah (KESURES) berjaya mengumpul dana dalam tempoh lima hari untuk disumbangkan kepada penghuni di pusat kuarantin di Politeknik Mukah (PMU).

Menurut Presidennya Mohd Fadzli Ahmad, ia dikumpul dari 15 hingga 19 Januari lalu bertujuan meringankan beban pihak yang terlibat.

“Usaha mengadakan kutipan tersebut adalah inisiatif soladiriti pihak KESURES ke atas penghuni di pusat kuarantin tersebut,” katanya kepasa Utusan Borneo.

Menurutnya, ia juga memberi sokongan moral kepada semua penghuni dan para petugas barisan hadapan yang telah bertungkus-lumus mengekang penularan pandemik COVID-19.

Selain itu katanya, KESURES juga berjaya mengumpul sumbangan berjumlah RM624.30 daripada kakitangan PMU.

Dana tersebut digunakan untuk membeli barangan seperti pelitup muka, tisu, pensanitasi tangan dan barangan keperluan lain yang amat diperlukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga penghuni pusat kuarantin.

Majlis penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Pengarah Politeknik Mukah Dullah Muluk.

Ia disampaikan kepada wakil KKM di Blok H PMU baru-baru ini iaitu salah satu pusat kuarantin di Mukah.  

Turut hadir Timbalan Pengarah (Akademik) Mohd Sani Said dan Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) Iskandar Reduan.

PMU telah digazetkan sebagai pusat kuarantin sementara bagi pesakit di bawah siasatan (PUI) COVID-19, selain Kem Belia Mukah.

Advertisement