Anda di sini

898 jalani saringan kontak berisiko COVID-19 di Sarikei

Advertisement
 Suasana program saringan kontak berisiko COVID-19 Daerah Sarikei di Dewan Suarah Sarikei.
TERATUR: Suasana program saringan kontak berisiko COVID-19 Daerah Sarikei di Dewan Suarah Sarikei.

SARIKEI: Seramai 898 orang menjalani saringan kontak berisiko COVID-19 Daerah Sarikei pada 21 dan 22 Januari lalu di Dewan Suarah di sini.

Hasil saringan tersebut, seramai 75 orang telah diarahkan menjalani kuarantin di rumah, manakala 11 orang dihantar ke stesen kuarantin di Sarikei.

Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei menyeru masyarakat di sini agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar matlamat untuk memutuskan rantaian penularan pandemik COVID-19 dicapai.

Pada masa sama, Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei mengingatkan masyarakat mengamalkan 3W kerap mencuci tangan dengan air dan sabun, memakai pelitup muka di tempat awam atau jika bergejala dan mendengar nasihat daripada KKM, selain mengelakkan 3C iaitu kawasan sesak, kawasan sempit dan sembang dekat.

Advertisement