Anda di sini

PKPB tidak halang BSMDL anjur program derma darah

Advertisement
 Lee (berdiri, dua kanan) Wong (berdiri, kanan) bersama para penderma.
AKTIVITI MURNI: Lee (berdiri, dua kanan) Wong (berdiri, kanan) bersama para penderma.

LIMBANG: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergera-kan Bersyarat (PKPB) tidak menghalang Bulan Sabit Merah Daerah Limbang (BSMDL) menganjurkan program derma darah di pejabatnya, baru-baru ini.

Pengerusi Pengerusi BSMDL Chew Sing Liang berkata, pihaknya meneruskan usaha membantu menambah bekalan Tabung Darah Hospital Limbang semasa PKPB.

Beliau berkata, usaha murni ini tetap diteruskan kerana tabung darah memerlukan sumbangan darah secara berterusan.

“Kita berterima kasih kepada 33 penderma yang bermurah hati menderma darah pada program ini,” katanya.

Chew berkata, BSMDL sentiasa memastikan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) dalam memerangi COVID-19 dengan melakukan sanitasi sebelum dan selepas program diada-kan.

Beliau memberitahu, program derma darah itu ditaja oleh Lee Ping Yau.

Turut sama Timbalan Pengerusi BSMDL Wong Ku Hai dan Naib Pengerusi BSMDL Awel  Donald.

Advertisement