Anda di sini

Pengguna di Sarikei hanya dibenar beli tiga peket minyak masak 1kg

Advertisement
 Anggota KPDNHEP Sarikei melakukan pemeriksaan di salah sebuah premis perniagaan di Sarikei, semalam.
PANTAU: Anggota KPDNHEP Sarikei melakukan pemeriksaan di salah sebuah premis perniagaan di Sarikei, semalam.

SARIKEI: Pengguna di Bahagian Sarikei hanya dibenarkan membeli tiga peket minyak masak bersubsidi 1kg bagi setiap transaksi pembelian.

Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Sarikei Mohamad Zawawi berkata, arahan itu dikeluarkan kepada peruncit dan pemilik pasar raya dalam usaha menstabilkan bekalan minyak masak peket 1kg khususnya ketika menghadapi situasi pandemik COVID-19.

“Pihak KPDNHEP berharap ketetapan ini dapat memastikan lebih ramai pengguna berpeluang memperoleh bekalan minyak masak yang diberikan subsidi oleh kerajaan.

“Pengguna juga dinasihatkan agar tidak membuat pembelian panik memandangkan bekalan barang keperluan harian adalah mencukupi,” katanya kepada media, semalam.

Terdahulu, sebanyak 37 premis pemborong dan peruncit di sini diperiksa untuk memastikan bekalan barang mencukupi dan peniaga mematuhi undang-undang serta tidak menaikkan harga.

Justeru katanya, anggota penguat kuasa dan Pegawai Pemantau Harga KPDNHEP Sarikei akan terus giat melakukan pemantauan harian bagi memastikan bekalan mudah diperolehi.

“Sebarang aduan berkaitan bekalan dan harga serta pembelian panik pengguna boleh disalurkan kepada Bilik Gerakan KPDNHEP Sarikei dengan menghubungi talian 084-657751,” ujar Mohamad lagi.

Advertisement