Anda di sini

KPDNHEP sita 50 tong gas dijual tanpa lesen di Taman Tunku

Advertisement

MIRI: Kementerian Per

 Tong gas yang di-periksa didapati tidak me-miliki lesen dari KPDNHEP di sebuah kedai di Taman Tunku semalam.
DISITA: Tong gas yang di-periksa didapati tidak me-miliki lesen dari KPDNHEP di sebuah kedai di Taman Tunku semalam.

dagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Miri menyita 50 tong gas petroleum cecair (LPG) tanpa lesen dalam operasi penguatkuasaan di Taman Tunku semalam.

Ketua, Joe Azmi Jamil berkata, kesemua tong gas yang dirampas adalah bernilai RM10,000 dari sebuah kedai pada jam 11 pagi.

“Seorang peniaga didapati menjual LPG tanpa lesen dari KPDNHEP dan melakukan kesalahan bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” jelasnya.

Beliau menambah, siasatan lanjut akan dilakukan terhadap kes itu selain mengingatkan peniaga untuk mematuhi peraturan ditetapkan pihak berkuasa.

“Saya ingin memberi ama-ran kepada mana-mana peniaga yang ada menjual LPG perlu mendapatkan lesen daripada KPDNHEP,” jelasnya.

Advertisement