Anda di sini

Jangan serbu pusat agihan bantuan makanan

Advertisement
 Bantuan makanan bagi kawasan DUN Nangka dalam proses pembungkusan dan akan diagihkan kepada yang layak.
Bantuan makanan bagi kawasan DUN Nangka dalam proses pembungkusan dan akan diagihkan kepada yang layak.

SIBU: Penerima bantuan makanan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka dinasihati tidak perlu berpusu-pusu membuat semakan kelayakan mereka di pusat agihan masing-masing, kerana ia boleh disemak dengan menelefon.

Penerima bagi kawasan DUN Nangka boleh menyemak nama mereka dengan menghubungi pusat agihan di talian 016-9747875 dan 016-9747876 bermula Ahad ini.

Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Bahagian (JPBPB) Sibu Dr Annuar Rapa'ee mendedahkan nombor itu dilaman Facebook miliknya semalam.

"Bermula Ahad ini, agihan bantuan makanan untuk mereka yang terjejas PKP akan dimulakan di DUN Nangka. Sesiapa yang tinggal di kawasan DUN Nangka yang mungkin tercicir boleh menghubungi pusat agihan di talian yang tertera bermula Ahad ini," katanya.

Menteri Muda Kesihatan Awam itu juga menasihati penerima yang datang untuk menuntut bantuan mereka supaya mengikuti jadual yang ditetapkan bagi mengelak melanggar SOP semasa tempoh PKP ini.

Sementara itu, katanya, terdapat sembilan pusat agihan diaktifkan untuk agihan kepada lebih 8,230 senarai nama yang diperolehi semasa agihan PKP 1.0.

Pusat agihan tersebut adalah Dewan Lakis, Dewan MMB, Dewan MUC, Masjid Darul Halim Lama Kampung Bahagia Jaya Teku, Dewan Teku (Iban), Dewan Kampung Jeriah dan tiga rumah panjang dalam kawasan DUN Nangka.

Beliau berkata, agihan kali ini akan memberi fokus kepada golongan yang benar-benar terkesan dan memerlukan.

"Begitu juga, jika kita tahu ada jiran tetangga yang sedang susah, hubungilah pusat panggilan. Diharap kita semua dapat menahan diri dari mengkritik di media sosial kerana ia tidak akan dapat membantu mereka yang tercicir. Bantulah mereka menggunakan saluran betul dengan menghubungi nombor pusat agihan ini," ujarnya.

  • oleh
  • Advertisement