Anda di sini

Bakul makanan ringankan beban rakyat

Advertisement
 Petugas dan sukarelawan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kakus menyerahkan                          bantuan Bakul Makanan Sarawakku Sayang kepada penduduk di beberapa rumah panjang                 di DUN Kakus.
BANTU: Petugas dan sukarelawan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kakus menyerahkan bantuan Bakul Makanan Sarawakku Sayang kepada penduduk di beberapa rumah panjang di DUN Kakus.

TATAU: Bakul Makanan Sarawakku Sayang merupakan inisiatif kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk meringankan beban rakyat yang terkesan dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergera-kan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB).

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) merangkap ADUN Kakus Datuk John Sikie Tayai berkata, kerajaan GPS cakna dengan perkembangan terkini kes COVID-19 yang berlaku di negeri ini, termasuk di kawasan Kakus.

Justeru katanya, bantuan itu diagihkan kepada rumah-rumah panjang di kawasan DUN Kakus yang sebahagiannya berada di bawah PKP dalam Daerah Selangau, manakala selebihnya di bawah PKPB.

Antara kawasan yang menerima bantuan tersebut kelmarin ialah Sungai Anak, Sungai Tau, Sungai Arip dan Rumah Steven Ansi, Lubok Bukut, katanya.

“Lebih 1,080 Ketua Isi Rumah (KIR) dari 67 rumah panjang di kawasan Kakus mendapat bantuan ini.

“Saya sedia maklum ia tidak mencukupi tetapi sekurang-kurangnya bantuan itu dapat meringankan beban penduduk yang terjejas akibat pelaksanaan PKP/PKPB,” ujarnya ketika dihubungi semalam.

Pengagihan bakul makanan itu diselia oleh Pusat Khidmat DUN Kakus dan dan Sukarelawan GPS DUN Kakus yang diketuai Eugene John Sikie dan Penghulu Alister Alli Digat.

Jumlah keseluruhan bantuan bakul makanan yang diagihkan ialah 538.

Penyerahan bantuan bermula di Rumah Malang, Sungai Bawang sebelum diagihkan kepada 12 rumah panjang lain berjumlah 184, Rumah Dom Brok, Sungai Tau untuk empat rumah panjang lain (78), Rumah Sulang Batu 88 Jalan Tatau/Selangau diagihkan kepada sembilan rumah panjang lain (132) dan Rumah Dicka Anthony, Su-ngai Anak untuk tujuh rumah panjang lain (132).

“Saya bersyukur Daerah Tatau masih berstatus Hijau, namun kita sentiasa berwaspada dengan perlu saling mengingati penduduk agar tidak pergi ke kawasan bandar tanpa urusan penting selepas berlaku peningkatan kes di beberapa rumah panjang di kawasan luar bandar negeri ini,” kata Sikie lagi.

Justeru, beliau menyeru ketua-ketua masyarakat dan ketua kaum agar memainkan peranan dengan memperke-tatkan prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan oleh kerajaan untuk menjaga keselamatan dan kesihatan penduduk di bawah jagaan mereka seperti yang diajar dalam siri Bengkel Kepolisan Komuniti yang dianjurkan tahun lepas.

“Saya juga ingin meng-           ingatkan penduduk agar tidak mengadakan majlis sosial, keramaian dan perkumpulan serta memastikan mereka mengikut SOP yang ditetapkan apabila mengadakan upacara pengebumian.

“Saya menasihati penduduk agar memakai pelitup muka, mematuhi jarak fizikal, kerap mencuci tangan dan mengguna pensanitasi tangan untuk mencegah jangkitan wabak ini,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada petugas dan sukarelawan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kakus yang tanpa mengira penat lelah bekerja keras mengagihkan bantuan itu kepada penduduk yang memerlukan.

  • oleh
  • Advertisement