Anda di sini

Pengarah ‘Parasite’ bakal ketuai juri festival filem Venice

Advertisement
 Gambar fail yang diambil pada 10 Februari 2020 ini menunjukkan pengarah Korea Selatan Bong Joon Ho bergambar dengan anugerah yang dimenanginya semasa  Governors Ball Oscar ke-92 di Hollywood & Highland Center di Hollywood, California.  Pemenang anugerah Palme d’Or dan Oscar, Bong Joon-ho akan mengetuai barisan juri edisi ke-78 Festival Filem Venice, yang dijangka aka berlansung pada  1-11 September depan. — Gambar  AFP
KETUA JURI VENICE: Gambar fail yang diambil pada 10 Februari 2020 ini menunjukkan pengarah Korea Selatan Bong Joon Ho bergambar dengan anugerah yang dimenanginya semasa Governors Ball Oscar ke-92 di Hollywood & Highland Center di Hollywood, California. Pemenang anugerah Palme d’Or dan Oscar, Bong Joon-ho akan mengetuai barisan juri edisi ke-78 Festival Filem Venice, yang dijangka aka berlansung pada 1-11 September depan. — Gambar AFP

PENGARAH dari Korea Selatan Bong Joon-ho, yang mana filem beliau ‘Parasite’ telah memenangi Filem Terbaik Anugerah Oscar pada tahun lepas, baru-baru ini telah dinamakan sebagai presiden juri bagi Festival Filem Venice 2021.

“Saya sudah bersedia untuk melihat dan memberikan sokongan bagi semua filem-filem hebat yang telah dipilih oleh festival tersebut. Saya berasa sangat teruja dan penuh harapan,” kata Bong dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak penganjur festival.
Pengarah festival Alberto Barbera menyatakan, Bong akan menjadi presiden juri pertama dari Korea Selatan, dan mengagumi beliau sebagai “salah satu dari suara-suara asal dan paling asli dalam bidang sinema di seluruh dunia.”

‘Parasite’, satu komedi gelap mengenai jurang di antara golongan kaya dan miskin, melakar sejarah sebagai sebuah filem bukan bahasa Inggeris pertama yang telah memenangi Oscar bagi Filem Terbaik.

Ia turut memenangi tiga anugerah lain dalam Anugerah Oscar iaitu Pengarah Terbaik, Filem Antarabangsa Terbaik dan Lakon Layar Asal Terbaik.

Festival Filem Venice merupakan salah satu festival yang paling berprestij di dunia, menyaingi Cannes dan Berlin, serta yang paling lama. Edisi ke-78 festival itu dijadual akan diadakan pada 1-11 September 2021. — AFP  

Advertisement