Anda di sini

The Gunners mara, berjaya tundukkan Newcastle 3-0

Advertisement
 Penyerang Arsenal Alexandre Lacazette cuba menjaringkan gol tetapi gagal pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Arsenal dan Newcastle United di Stadium Emirates, London, kelmarin. — Gambar AFP
TERSASAR: Penyerang Arsenal Alexandre Lacazette cuba menjaringkan gol tetapi gagal pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Arsenal dan Newcastle United di Stadium Emirates, London, kelmarin. — Gambar AFP

LONDON: Pierre-Emerick Aubameyang mempamerkan prestasi yang baik apabila dia menjaringkan dua gol untuk meneruskan pendakian Arsenal dalam carta Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kemenangan selesa 3-0 ke atas Newcastle kelmarin.

Pasukan The Gunners berdepan dengan cabaran yang tidak dijangkakan untuk terus bermain dalam liga utama tidak sampai sebulan lalu, tetapi 13 mata daripada maksimum 15 telah melonjak para pemain Mikel Arteta ke tempat ke-10, tujuh mata di belakang kelompok empat pasukan teratas.

Walaupun Aubameyang menggandakan jumlah jaringannya dalam liga daripada permainan terbuka pada musim ini, ia adalah sekali lagi dua pemain muda dinamik Arsenal, Emile Smith Rowe dan Bukayo Saka, yang menarik perhatian apabila Saka menyumbat gol kedua pasukan tuan rumah selepas dan sebelum jaringan kaptennya.

Newcastle kekal dalam pertarungan relegasi selepas perlawanan kesembilan berturut-turut tanpa kemenangan walaupun Steve Bruce membuat lapan perubahan.

Bruce berkata “sarung tangan sudah ditanggalkan” selepas analisis yang pedas mengenai persembahan pasukannya untuk menjadi satu-satunya pasukan yang tewas kepada Sheffield United dalam EPL musim ini pada minggu lepas.

Bagaimanapun tiada perubahan ditunjukkan oleh pasukan Magpies, dengan sedikit cita-cita apabila ia gagal untuk memaksa Bernd Leno menyelamatkan satu pun cubaan yang menarik.

Newcastle masih menikmati kusyen tujuh mata di atas zon relegasi, tetapi pasukan di belakang mereka mempamerkan prestasi yang lebih baik dengan lebih separuh musim berbaki.

Kesukaran Aubameyang menjaringkan gol telah memainkan peranan penting dalam permulaan Arsenal yang susah kepad musim penuh pertama Arteta selaku pengendali.

Satu lagi perlawanan yang ingin dilupakan seakan-akan menanti pemain antarabangsa Gabon itu apabila cubaannya terkena tiang gol dengan gawang ternganga luas selepas Karl Darlow tertolak cubaan rendah Saka ke laluannya di tiang belakang pada pertengahan babak pertama.

Momentum Arsenal terganggu sedikit dalam perlawanan terakhir mereka ketika Crystal Palace bertahan untuk mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan di Stadium Emirates.

Namun kesudahannya tidak diragui apabila Aubameyang memecah kebuntuan selepas Newcastle gagal untuk mengambil kesempatan ke atas tendangan sudut mereka sendiri.

Thomas Partey melorongkan bola bagi bantuan gol pertamanya sejak dia tiba dari Atletico Madrid pada Oktober lalu apabila dia meloloskan Aubameyang di belakang pertahanan Newcastle, dan walaupun terpaksa menggunakan kaki kirinya yang lemah, dia merembat bola melepasi Darlow untuk memulakan jaringan.

Kemunculan Smith Rowe telah membantu mengubah nasib Arsenal sejak beberapa minggu lepas setelah Arteta mula meletakkan kepercayaan kepada pemain berusia 20 tahun itu di hadapan dua rekrut mahal Willian dan Nicolas Pepe.

Hantaran ke belakang Smith Rowe ditolak masuk dari dalam kawasan penalti oleh Saka untuk golnya yang ketiga dalam lima perlawanan liga.

Aubameyang kemudian memperolehi tugasan yang jauh lebih mudah untuk menolak masuk gol liga kelimanya pada musim ini ke dalam gawang kosong selepas Cedric Soares berjaya memastikan bola tidak terkeluar dengan satu hantaran lintang rendah. — AFP

Advertisement