Anda di sini

Tempat letak kereta Taman Negara Kinabalu runtuh

Advertisement
 Taman runtuh seluas kira-kira 100 meter di tempat letak kereta Taman Negara Kinabalu.
RUNTUH: Taman runtuh seluas kira-kira 100 meter di tempat letak kereta Taman Negara Kinabalu.

RANAU: Keadaan cuaca hujan secara berterusan menyebabkan runtuhan tanah yang teruk di kawasan tempat letak kereta Taman Negara Kinabalu Jalan Kota Kinabalu- Sandakan kira-kira jam 8 pagi hari ini.

Pengarah Jabatan Kerja Raya Sabah Inseyur Ali Ahmad Hamid berkata runtuhan yang agak kritikal (kegagalan embankment) itu membabitkan keluasan sehingga 100 meter.

“Keadaan tanah semakin teruk dan hanya kira-kira dua meter lagi akan menjejaskan laluan utama.

“Kedua-dua laluan berhampiran lokasi kejadian masih boleh dilalui bagaimanapun sekiranya perlu orang ramai boleh menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Bundu Tuhan - Kinasaraban,” katanya.

Beliau berkata pihaknya sudah meletakkan papan tanda serta penanda bagi memastikan amaran kepada pengguna jalan di laluan berkenaan dan pihaknya akan melakukan pemasangan penghalang di lokasi dalam kadar segera.

Pihaknya juga mengingatkan pengguna jalan untuk tidak membawa kenderaan dalam keadaan laju dan lebih berhati-hati di kawasan sekitar.

  • oleh
  • Advertisement