Anda di sini

Polis Marin rampas dadah, tahan lelaki warga asing    

Advertisement
 Suspek ditahan oleh PPM bersama dadah jenis syabu.
RAMPAS: Suspek ditahan oleh PPM bersama dadah jenis syabu.

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin Sandakan  berjaya menahan seorang lelaki warganegara asing kerana memiliki dadah jenis methamphetamine (syabu) di Pasar Umum Sandakan, tengahari Selasa.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Sandakan Deputi Superintendan (DSP) Rusdin Banin berkata suspek berumur 34 tahun ditahan untuk pemeriksaan oleh pihaknya semasa pegawai dan anggota Polis Marin Sandakan melakukan rondaan 'Ops Landai' ekoran dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan badan telah menemui bungkusan putih disembunyikan dalam lipatan seluar suspek.

“Pemeriksaan lanjut mendapati beberapa plastik kecil lutsinar berisi hablur jernih disyaki dadah jenis 'methamphetamine' berada dalam milikan dan kawalan suspek.

Beliau juga berkata nilai barang rampasan dianggarkan berjumlah RM850.00.

“Tangkapan dan rampasan telah diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Sandakan kerana memiliki dadah jenis methamphetamine atas kesalahan Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Rusdin berkata Pasukan Polis Marin sentiasa menggalakkan masyarakat persisir pantai untuk menyalurkan apa-apa maklumat melalui aplikasi WhatsApp Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah di talian 0132831197 bagi memastikan keselamatan dan kemakmuran setempat terjaga dan terkawal.

  • oleh
  • Advertisement