Anda di sini

Pengkritik Kremlin Navalny ditahan 30 hari

Advertisement
 Navalny ditahan oleh polis di bahagian kawalan pasport di lapangan terbang Moscow pada Ahad. — Gambar AFP
DITAHAN LAGI: Navalny ditahan oleh polis di bahagian kawalan pasport di lapangan terbang Moscow pada Ahad. — Gambar AFP

MOSCOW: Sebuah mah-kamah Rusia kelmarin memutuskan ahli politik pembangkang Alexey Navalny akan terus ditahan sehingga 15 Februari, kurang 24 jam sejurus dia tiba di Moscow, lapor Agensi Berita Anadolu.

“Alexey Navalny ditahan selama 30 hari sehingga 15 Februari 2021,” kata peguam Navalny, Vadim Kobzev di Twitter.

Navalny, yang mendapat-kan rawatan di Jerman setelah mendakwa dirinya diracun, ditahan di Moscow sebaik tiba pada Ahad petang. Dia ditahan di sebuah balai polis di kota Khimki.

Mahkamah Khimki Moscow memutuskan Navalny akan terus ditahan kerana melanggar tempoh parol yang berakhir pada 29 Disember tahun lalu.

Navalny, 44, yang lantang mengkritik Presiden Vladimir Putin, jatuh sakit pada Ogos lalu ketika dalam penerbangan ke Moscow. Sebaik pesawat membuat pendaratan kecemasan di bandar Omsk, Siberia, dia  dirawat di sebuah hospital Rusia selama dua hari sebelum dihantar ke Berlin untuk rawatan lanjut.

Pegawai Jerman berkata, menerusi beberapa ujian makmal mendapati Navalny diracun dengan agen saraf Novichok.

Pihak berkuasa Rusia menafikan terbabit dalam kes tersebut dan berpendapat senjata kimia tidak dikembangkan atau dihasilkan sejak senjata kimia terakhir dimusnahkan pada 2017, se-perti disah dan diperakui oleh Pertubuhan Penghapusan Senjata Kimia. — Bernama

Advertisement