Anda di sini

Nestlé lancar Peraduan Nestlé Niu Year

Advertisement
 Jangan lepaskan peluang anda untuk menyertai Peraduan Nestlé Niu Year di mana rakyat Malaysia berpeluang memenangi hadiah-hadiah lumayan bernilai lebih RM900,000 atau Proton X50.
LUMAYAN: Jangan lepaskan peluang anda untuk menyertai Peraduan Nestlé Niu Year di mana rakyat Malaysia berpeluang memenangi hadiah-hadiah lumayan bernilai lebih RM900,000 atau Proton X50.

KUALA LUMPUR: Bersempena dengan perayaan Tahun Baharu Cina yang bakal tiba, Nestlé Malaysia telah melancarkan Peraduan Nestlé Niu Year di mana rakyat Malaysia berpeluang memenangi hadiah-hadiah lumayan bernilai lebih RM900,000.

Pegawai Eksekutif Perniagaan Ready-to-Drink Nestlé (Malaysia) Berhad April Wong berkata, bagi membantu membangkit semangat dan meringankan beban rakyat Malaysia pada masa yang sukar ini, Nestlé ingin mengalu-alukan ketibaan tahun yang membawa sinar harapan dan berkongsi tuah dengan menghadiahkan ganjaran lumayan kepada rakyat Malaysia.

“Menerusi Peraduan Nestlé Niu Year, seisi keluarga boleh menikmati rangkaian produk kami yang sedia untuk diminum semasa menyambut perayaan.

“Kami berharap peraduan ini sedikit sebanyak dapat membawa keceriaan dan keriangan sempena sambutan Tahun Baharu Cina,” katanya dalam satu kenyataan medianya.

Penyertaan adalah mudah dengan empat jenama Nestlé yang turut serta iaitu MILO, NESCAFÉ, Nestlé JUST MILK dan Nestlé Omega Plus. Pengguna hanya perlu membeli produk RTD bernilai sekurang-kurangnya RM5 daripada mana-mana jenama dalam satu resit, sertakan maklumat yang diperlukan pada resit dan WhatsApp gambar resit ke 018 228 6836.

Bilangan penyertaan yang dihantar adalah tidak terhad, jadi lebih banyak penyertaan yang dihantar, lebih tinggi peluang untuk menang.

Peraduan ini terbuka kepada penduduk Malaysia di seluruh negara dengan hanya membeli produk Sedia Untuk Diminum (RTD) Nestlé  seperti minuman dalam tin, botol dan pek UHT terpilih bernilai RM5 sepanjang tempoh peraduan dari 8 Januari hingga 8 Mac 2021.

Lapan peserta bertuah akan berpeluang memenangi Hadiah Utama berupa Proton X50 serba baharu. Terdapat lapan buah kereta untuk dimenangi dan setiap kereta bernilai RM79,000.

Di samping itu, hadiah wang tunai mingguan sebanyak RM2,888 dan RM888 akan diberikan kepada 16 pemenang hadiah sagu hati tempat pertama dan 240 pemenang hadiah sagu hati tempat kedua.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Peraduan Nestlé Niu Year dan butiran cara penyertaan dalam peraduan Huat ini, sila layari https://www.dearnestle.com.my/event-and-happening/peraduan-nestle-rtd-ni....

Advertisement