Anda di sini

Lori bawa 250 kotak minuman keras tanpa cukai ditahan di Kota Sentosa

Advertisement
Lori tersebut yang membawa muatan minuman keras disyaki tiada cukai Kastam.
Lelaki ditahan bersama lori muatan minuman keras disyaki tiada cukai Kastam pada Selasa.

KUCHING: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 berjaya merampas 250 kotak minuman keras yang disyaki tidak dibayar cukai Kastam dalam satu operasi pada Selasa.

Komandernya ACP Shamsol Kassim berkata anggotanya ketika melakukan rondaan Op Landai terserempak dengan dengan sebuah lori yang mencurigakan di Kota Sentosa sekitar jam 2.15 petang.

Menurutnya, pasukan operasi kemudian terus mengekori lori tersebut.

"Bagaimanapun, apabila menyedari kehadiran polis, pemandu lari dikatakan cuba melarikan diri namun berjaya dipintas pasukan operasi berdekatan Jalan Sarmax Penrissen.

"Pasukan operasi kemudian terus menahan pemandu lori terbabit dan hasil pemeriksaan di belakang tersebut mendapati terdapat 250 kotak minuman keras dianggarkan bernilai RM38,212," katanya menerusi satu kenyataan.

Tambahnya pemandu lori gagal mengemukakan sebarang dokumen yang sah berkenaan minuman keras tersebut.

"Susulan itu, pasukan operasi bertindak menahan pemandu berusia 40 tahun itu dan merampas minuman keras bersama lori tersebut yang dianggarkan keseluruhannya mencecah RM118,212," katanya.

Siasatan lanjut ke dijalankan di bawah Akta Kastam 1967. 

  • oleh
  • Advertisement