Anda di sini

Kelab Rotary Bintulu Sentral serah sumbangan makanan

Advertisement
 Linnie (kiri) menyampaikan simbolik bantuan kepada wakil Hospital Bintulu dalam acara penyerahan sumbangan dari RCBC kelmarin.
SUMBANGAN: Linnie (kiri) menyampaikan simbolik bantuan kepada wakil Hospital Bintulu dalam acara penyerahan sumbangan dari RCBC kelmarin.

BINTULU: Kelab Rotary Bintulu Sentral (RCBC) menyerahkan sumbangan makanan dan minuman bernilai RM2,000 kepada pengurusan Hospital Bintulu di pekarangan hospital kelmarin.

Turut diserahkan ialah 350 set peralatan melukis kepada pesakit kanak-kanak ditempatkan di wad kanak-kanak hospital berkenaan.

Acara simbolik penyerahan disampaikan disempurnakan Setiausaha RCBC Linnie Lee kepada wakil penerima yang merupakan pengurusan hospital.

Menurutnya, sumbangan itu merupakan tanggungjawab sosial korporat (SCR) RCBC membantu komuniti setempat khususnya pasukan barisan hadapan bergelut menghadapi penularan pandemik COVID-19.

“Melalui bantuan ini secara tidak langsung memberi semangat kepada pasukan barisan hadapan dalam melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat,” katanya.

Bagi tujuan sama, katanya, pesakit kanak-kanak sentiasa mendapat tempat dalam kalangan ahli RCBC.

Linnie berkata, mereka turut menyumbang 350 set peralatan melukis kepada setiap pesakit kanak-kanak dirawat di hospital terbabit.

Secara amnya, sumbangan disalurkan turut mendapat tajaan Otostabil Sdn Bhd.

Adalah difahamkan semua sumbangan bernilai RM3,000.

“Bantuan disalurkan secara tidak langsung tanda soko-ngan kita terhadap pasukan barisan hadapan serta pesakit dirawat di Hospital Bintulu tatkala berdepan ancaman COVID-19,” katanya.

Advertisement