Anda di sini

25 dikompaun gagal patuhi SOP PKP   

Advertisement
 Individu yang gagal mematuhi SOP PKP dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.
GAGAL PATUHI: Individu yang gagal mematuhi SOP PKP dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.

SANDAKAN: Seramai 25 individu dikenakan kompaun selepas gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar kawasan Bandar Sandakan pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata Pasukan Pemantau Pematuhan SOP PKP Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan mendapati masih terdapat individu yang tidak mematuhi SOP sedang berkuatkuasa.

“Dalam tempoh 24 jam operasi yang dijalankan pada Selasa, seramai 25 individu dalam lingkungan umur 17 hingga 25 tahun dikesan melakukan pelbagai perlanggaran SOP PKP,” katanya.

Beliau berkata lokasi tumpuan operasi dijalankan ialah di Pasar Umum Pusat Bandar, Pasar Karamunting, Bandar Sibuga dan Bandar Indah Jaya.

“Antara kesalahan yang dikesan, ialah menaiki kenderaan melebihi dua orang, tiada penjarakan sosial, tidak menyediakan QR Code My Sejahtera di Premis dan tidak memakai pelitup muka dengan betul di tempat awam,” tegasnya.

Azhar berkata kesemua individu ditahan di bawah Peraturan 16(1) Peraturan Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

“Mereka dikenakan kompaun sebanyak RM1000 yang perlu dijelaskan dalam tempoh 14 hari,” katanya.

Kepada warga daerah ini, beliau menasihati agar sentiasa mematuhi SOP yang berkuatkuasa kerana tindakan tegas akan dikenakan terhadap mereka yang ingkar.

  • oleh
  • Advertisement