Anda di sini

Mayat dalam mulut buaya

Advertisement
Mayat Arffanirul diserahkan kepada polis oleh bomba untuk tindakan lanjut.
Mayat Arffanirul diserahkan kepada polis oleh bomba untuk tindakan lanjut.


TATAU: Mayat remaja lelaki yang hilang ketika memancing di sungai pada Isnin ditemui penduduk kampung dalam mulut seekor buaya pada jarak 400 meter dari lokasi kejadian di Kuala Tatau, pada Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau Jankey Jikat berkata mayat Arffanirul Abdullah, 14, dijumpai tiga penduduk kampung yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada kira-kira pukul 1:00 pagi.

Tangan kanan putus, manakala kaki kiri patah akibat serangan buaya.

Menurutnya, tiga penduduk kampung ternampak mata buaya pada jarak 1.5 meter di dalam air dan terlihat tubuh mangsa dalam rahang buaya pada sekitar pukul 12:20 malam.

"Reptilia ganas itu itu kemudiannya bertindak melepaskan mayat mangsa apabila menyedari akan kehadiran tiga lelaki terbabit," katanya sambil menambah, penduduk kampung terbabit terus menarik mayat mangsa ke dalam perahu untuk dibawa ke kampung.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum dihantar ke Rumah Mayat Hospital Bintulu.

Pada petang Isnin, mangsa bersama-sama dua lagi rakannya sedang memancing di tebingan Kuala Tatau.

Mata kail pancing yang digunakan mangsa tersangkut dalam sungai sebelum bertindak menyelam ke dalam air bagi mendapatkan semula mata kailnya itu.

Selepas beberapa ketika, dua rakannya terlihat gelembung air keluar ke permukaan sungai dan percaya Arffanirul telah dibaham buaya semasa menyelam.

  • oleh
  • Advertisement