Anda di sini

PPM Lahad Datu berkas cubaan seludup minyak masak, rokok 

Advertisement
 Kotak berisi barang seludup yang ditutup pelepah kelapa sawit.
TINDAKAN LICIK: Kotak berisi barang seludup yang ditutup pelepah kelapa sawit.

LAHAD DATU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah mematahkan cubaan menyeludup keluar minyak masak dan rokok pelbagai jenama dianggar bernilai hampir RM8,000 di sebuah ladang Felda Sahabat, Tungku, di sini, kelmarin.

Menurut Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Lahad Datu, Superintendant Gan Ping Sin, cubaan licik penyeludup itu dikesan sepasukan PPM ketika tugasan rondaan tengah hari di satu kawasan di kebun kelapa sawit di Kampung Pangkalan, Desa Kencana.

 Minyak masak yang dirampas.
CUBA DISELUDUP: Minyak masak yang dirampas.

"Dalam penugasan rondaan itu, pasukan telah ternampak longgokkan kotak yang ditutup dengan pelepah daun pokok kelapa sawit dalam keadaan mencurigakan di lokasi.

"Hasil pemeriksaan lanjut menemukan 578 peket minyak masak dianggar bernilai RM1,455 dan 800 bungkus rokok tidak bercukai jenama President Filter King, D&B dan RS Menthol dianggar bernilai RM6,534," katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut Gan, minyak masak dan rokok itu dipercayai cuba disembunyikan sebelum diseludup ke negara jiran untuk diniagakan.

Katanya, kesemua barang rampasan telah dibawa ke Markas Operasi PPM Lahad Datu untuk tindakan lanjut.

Kes rampasan minyak masak disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dirujuk kepada pihak KPDNHEP manakala kes rampasan rokok disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

 Rokok pelbagai jenama yang dirampas.
DIRAMPAS: Rokok pelbagai jenama yang dirampas.

Beliau seterusnya mengalu-alukan komuniti pesisir pantai untuk menyalurkan maklumat sebarang tindakan menyalahi undang-undang di kawasan perairan mereka.

"Orang ramai boleh menyalurkannya melalui aplikasi WhatsApp PPM Wilayah 4 Sabah di talian 013-2831197 atau berhubung terus ke Markas Operasi PPM Lahad Datu di talian 013-9808084 agar tindakan dapat diambil seterusnya memastikan keselamatan dan ketenteraman masyarakat maritim terjaga dan terkawal," katanya.

  • oleh
  • Advertisement