Anda di sini

Pengguna jalanraya dinasihat berhati-hati ekoran hujan lebat berterusan, jalan runtuh

Advertisement
 Jalan Kota Kinabalu-Tambunan di Kg Tudan Penampang mengalami keruntuhan yang serius dan tidak boleh dlalui oleh sebarang kenderaan.
RUNTUH: Jalan Kota Kinabalu-Tambunan di Kg Tudan Penampang mengalami keruntuhan yang serius dan tidak boleh dlalui oleh sebarang kenderaan.

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Meneri Dato Sri Bung Moktar Radin mminta pengguna jalanraya di negeri ini agar sentiasa berhati-hati ketika memandu ekoran hujan lebat berterusan sejak kemarin menyebabkan sebahagian jalan di negeri ini ditengalami banjir dan sebahagian  jalan runtuh.

Katanya kebanyakan jalan yang runtuh ialah di kawasan bukit tidak boleh dilalui oleh kenderaan seperti yang berlaku di Jalan Kota Kinabalu-Tambunan di Kampung Tudan Penampang yang mengalami keruntuhan yang agak serius.

BUNG MOKTAR RADIN
BUNG MOKTAR RADIN

Jalan lain yang runtuh dan mengalami keretakan ialah Jalan Maang Penampang menuju ke Lokawi.

“ Kita telah meminta pihak JKR dan juga syarikat konsisi yang menyelanggara jalan tersebut memantau serta memasang papan tanda amaran demi keselamatan para  pengguna jalanraya, ” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Ahad.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya berkata demikian sebagai mengulas beberapa kejadian tanah runtuh ekoran hujan lebat yang beterusan sejak petang Sabtu yang menjadi  faktor utama runtuhan tersebut berlaku.

Sehubungan dengan itu Bung meminta pengguna agar menggunakan jalan aternatif lain bagi menjamin keselamatan mereka sampai ke distenasi yang dituju.

Mengulas lanjut bagi jalan-jalan yang runtuh, Bung berkata ianya masih  dalam jagaan konsisi syarikat yang menyelanggara jalan berkaitan, sementara kajian dan reka bentuk akan dibuat segara bagi membaiki jalan-jalan   terlibat.

 Jejambat di Luyang mengalami masalah keretakan.
RETAK: Jejambat di Luyang mengalami masalah keretakan.

Mengulas isu keretakan di Jejambat di Luyang kit Padang Bung bekata jurutera perunding telah dimaklumkan mengenai perkara ini di mana pihak JKR kini menunggu keputusan daripada mereka untuk mengambil tindakan susulan

“ Terdapat berbezaan penyelasaian terdapat longkang Jabatan Pengairan dan Sairan (JPS) di bawahnya dan untuk tindakan sementara pihak  JKR akan menampal simen di tempat yang retak  dan dalam masa yang sama   pengarah JKR akan mengadakan mesyuarat teknikal sebaik sahaja laporan diperolehi,” katanya.

Advertisement