Anda di sini

Mangsa banjir meningkat di Sabah

Advertisement
 Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor (duduk, dua kanan) mendengar taklimat banjir semasa melawat mangsa banjir di PPS Dewan Masyarakat Tun Said Kota Belud.
TAKLIMAT: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor (duduk, dua kanan) mendengar taklimat banjir semasa melawat mangsa banjir di PPS Dewan Masyarakat Tun Said Kota Belud.

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini semakin meningkat membabitkan seramai 716 orang dari 208 keluarga setakat jam 4 petang hari ini.

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, jumlah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka turut bertambah kepada 17 pusat di sembilan daerah.

Sebanyak 208 kampung melibatkan 11 daerah terjejas banjir berikutan cuaca buruk yang dijangka berlanjutan sehingga esok (19 Januari).

Daerah Kota Belud merekodkan bilangan penduduk paling ramai yang dipindahkan ke PPS iaitu 102 orang di Dewan Masyarakat Tun Said, 36 mangsa di Dewan Muhibah Kampung Tombol, 17 orang di Dewan Kampung Lentigi, 53 orang di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Tamau, dan dua mangsa di Dewan SK Pekan Kota Belud.

Jumlah mangsa yang ditempatkan di Dewan DSP Mohd Dun Banir Beaufort seramai 78 orang dari 29 kampung manakala di daerah Paitan, seramai 48 orang ditempatkan di Dewan Binsulung dan 21 orang di Dewan Kampung Kubambangan.

Bagi Daerah Kota Kinabalu, seramai 62 orang dipindahkan ke Masjid Jamek Kota Kinabalu dan 39 orang di Dewan Serbaguna Likas.

Seramai 23 mangsa ditempatkan di Dewan Serbaguna PPR Keramat Ketiau Putatan, manakala 76 mangsa lagi di Rumah Kelab Kompleks Sukan Penampang.

Di daerah Tuaran, seramai 63 mangsa dipindahkan di SK Pekan Tuaran, 42 orang di Masjid Kampung Tenghilan dan 10 orang di Dewan Tun Hamdan.

Mangsa banjir di Tenom seramai 25 orang dipindahkan ke Rumah Kebudayaan Kampung Kalang Kanar manakala seramai 19 orang di Papar dipindahkan ke Dewan Kompleks Pemulihan Orang Kelainan Upaya (OKU) Kimanis.

 Mangsa yang ditempatkan di PPS Dewan Masyarakat Tun Said Kota Belud.
PPS: Mangsa yang ditempatkan di PPS Dewan Masyarakat Tun Said Kota Belud.
  • oleh
  • Advertisement