Anda di sini

Kereta sedan jatuh gaung sedalam 30 kaki

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Sebuah kenderaan sedan terjatuh ke dalam gaung sedalam 30 kaki dalam kejadian tanah runtuh di Eco Farm, Jalan Bukit Bendera, di sini, hari ini.

Mengikut kenyataan media Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, kenderaan terbabit diletak di bahu jalan sebelum menggelonsor.

Panggilan kecemasan diterima melalui MERS999 pada jam 9 pagi sebelum sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu digerakkan ke lokasi kejadian.

Komander Operasi PBKII Norkizan Duruddin melaporkan operasi itu disertai dengan kekuatan sembilan pegawai yang dilengkapi sebuah jentera EMRS dan dua unit RIM.

Pasukan terbabit kemudiannya bertindak melakukan kerja-kerja pemantauan di sekitar kawasan sebelum memastikan tidak ada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan.

Operasi berkenaan ditamatkan pada jam 9 46 pagi selepas penilaian keselamatan akhir di lokasi kejadian selesai dijalankan sebelum pasukan bomba terbabit balik ke balai semula.

Berdasarkan penilaian akhir pasukan bomba terlibat juga, kawasan kejadian dipastikan tidak ada kemarabahayaan lain yang boleh menggugat nyawa atau harta benda.

  • oleh
  • Advertisement