Anda di sini

Banduan larikan diri berjaya ditangkap semula  

Advertisement
 Kedua-dua banduan yang melarikan diri berjaya ditangkap semula.
BANDUAN: Kedua-dua banduan yang melarikan diri berjaya ditangkap semula.

TAWAU: Dua banduan warga asing yang bertindak melarikan diri daripada Penjara Tawau berjaya ditangkap dalam Ops Tutup dan Ops Kesan berhampiran kawasan penjara, di sini.

Ketua Polis Daerah Tawau, Assisten Komisioner Peter Umbuas berkata pihaknya mendapat maklumat kira-kira jam 4.30 petang berhubung kejadian tersebut.

"Sebaik pihak Penjara Tawau membuat laporan polis, sepasukan anggota telah dikerahkan untuk melaksanakan Ops Tutup dan Ops Kesan sebagaimana prosedur yang perlu dipatuhi apabila berlaku banduan lari.

"Dengan kerjasama pihak Penjara Tawau, operasi tersebut berjaya menangkap semula kedua-dua banduan terbabit pada jam 7.45 malam dan 9.45 malam tidak jauh dari kawasan penjara,"katanya ketika ditemui media, di sini.

Menurutnya, banduan yang berumur 22 dan 25 tahun tersebut merupakan tahanan di bawah  Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana kesalahan mengambil dadah.

Peter berkata, pihaknya dengan kerjasama pihak penjara Tawau masih menjalankan siasatan bagi mengetahui cara-cara mereka berjaya meloloskan diri.

"Kedua-dua banduan terbabit akan disiasat mengikut Kanun Keseksaan Seksyen 223 dan 224 kerana kesalahan melarikan diri daripada tahanan yang sah,"katanya.

  • oleh
  • Advertisement