Anda di sini

128 KIR dari tiga buah kampung di Tandek terima bantuan bakul makanan

Advertisement
Hendrus (dua kiri) menyerahkan bantuan bakul makanan kepada penduduk kampung, dalam tinjauannya ke perkampungan dalam DUN Tandek. 
SERAH:Hendrus (dua kiri) menyerahkan bantuan bakul makanan kepada penduduk kampung, dalam tinjauannya ke perkampungan dalam DUN Tandek. 

KOTA MARUDU: Seramai 128 ketua keluarga telah menerima bantuan bakul makanan dari tiga buah kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tandek. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tandek Hendrus Anding berkata, bantuan bakul makanan yang disampaikan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) adalah satu inisiatif kerajaan negeri melalui Bantuan Pusat Jawatankuasa Bencana Daerah.

Katanya, sebahagian bantuan yang dihulurkan juga adalah sumbangan peribadinya yang melibatkan penghantaran makanan ke semua lokasi banjir di DUN Tandek. 

"Hujan yang berterusan selama beberapa hari ini telah menyebabkan jalan raya ditenggalami air sehingga penduduk kampung terputus hubungan dan bekalan makanan. 

“Mereka (penduduk kampung) tidak dapat keluar membeli barang keperluan harian kerana jalan raya terputus dan tidak dapat dilalui oleh sebarang kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Hendrus yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan berkata, antara kampung yang terlibat dalam agihan bantuan bakul makanan berkenaan ialah Kampung Paliu Sumbu, Kg Monguwou dan Kg Bombong Tiga.

Beliau menasihatkan kepada semua penduduk kampung agar menjaga keselamatan diri terutamanya bagi mereka yang mempunyai anak kecil, mengawasi mereka dan jangan membiarkan anak kecil mandi di sungai pada musim hujan. 

Hendrus turut mengingatkan semua Ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) untuk memaklumkan kepada beliau atau Pejabat DUN Tandek untuk memudahkan mereka menyalurkan bantuan makanan. 

“Pihak saya akan berusaha dan mengelakkan tiada berlakunya keciciran nama penerima bantuan.

"Saya akan pastikan penduduk kampung yang terputus hubungan serta bekalan makanan akan mendapat bantuan bakul makanan sewajarnya," katanya.

  • oleh
  • Advertisement