Anda di sini

Siri konsert atas talian ‘MALAYSIA LIVE!’ tampil penyanyi popular

Advertisement
__alt__

MALAYSIA LIVE! merupakan siri konsert dengan kerjasama antara Pam Shahril dan Shahril Razak dari Gabung Cipta, sebuah syarikat pembekal sistem audio dan cahaya yang berpengalaman, bersama pengarah muzik terkenal tanahair Dato’ Acis dan penerbit konsert yang tidak asing iaitu Jennifer Thompson dalam usaha untuk mengekalkan dan memulakan acara konsert secara langsung atas talian.

Konsert ini diharap bukan hanya untuk artis-artis tanahair malah juga bagi pembekal, jurutera, venue, pekerja dan perniagaan di belakang tabir yang kehilangan punca pendapatan akibat pandemik COVID-19.

Siri konsert tersebut akan bermula dengan ‘live-streaming’ dua episod pengenalan pada bulan Januari ini.

Ia bukan sekadar menjana pekerjaan malah juga untuk menghiburkan peminat muzik tanahair dan membawa sedikit sebanyak keterujaan konsert ‘live’ walaupun diadakan secara maya.

Kedua-dua konsert ini akan dimeriahkan oleh artis-artis pendatang baru dan ternama dalam industri muzik.

Konsert ini telah dirakam secara langsung tanpa penonton di KL Live @ Life Centre salah satu venue yang terkenal untuk persembahan live dan artis diiringi oleh pemuzik-pemuzik tersohor seperti Dato’ Acis (keyboard dan pengarah muzik); Fendi Mokhtar (drum), Jenny Chin (keyboard), Rozhan Rahman (bass), Wan Gigi (gitar), Jamie Wilson (gitar), Steve Thornton (percussion); dan penyanyi latar Yuaz Bahtiar Kassim, Eja Muhd. Nor dan Juanita Ismail.

Penonton dapat menonton tayangan perdana episod-episod tersebut di YouTube Channel MALAYSIA LIVE! dengan episod pertama akan ‘live-steaming’ pada 22 Januari (Jumaat) bermula jam 9 malam.

Antara artis yang terlibat adalah Aizat Amdan, Dayang Nurfaizah, DOLLA, Hael Husaini, Haqiem Rusli, Jaclyn Victor, Noh Salleh, Yonnyboii dan Zynakal manakala pengacaranya adalah Nazrudin Rahman.

Konsert MALAYSIA LIVE! Episod 2 pula akan ‘live-streamingl pada 29 Januari (Jumaat), juga pada jam 9 malam dengan menampilkan artis-artis seperti Faizal Tahir, Ismail Izzani, Kmy Kmo & Luca Sickta, Dato’ M. Nasir, Ruffedge, Shalma Eliana, Tuju dan Zizi Kirana.

Konsert pada kali ini akan diacarakan oleh Adibah Noor.

Ia menjadi harapan bahawa siri konsert ini akan berterusan supaya lebih artis, pemuzik dan tenaga pekerja industri muzik dapat melibatkan diri dalam perlaksanaan konsert seterusnya.

Kedua-dua episod dimungkinkan dengan sokongan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA) yang memberi tumpuan penting untuk membantu pengiat dan perniagaan industri kreatif yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Objektif utama adalah untuk membolehkan aktiviti dan perniagaan industri kreatif dimulakan semula demi kelangsung-an pendapatan penggiat industri yang amat bergantung kepadanya.

Untuk maklumat terkini sila layari platform media sosial MALAYSIA LIVE! di YouTube (MalaysiaLiveMY), Facebook (www.facebook.com/MalaysiaLiveMY), Instagram (www.instagram.com/MalaysiaLiveMY), dan di Twitter (www.twitter.com/MalaysiaLiveMY).

Advertisement