Anda di sini

Pekan Manggatal, kampung sekitar dilanda banjir

Advertisement
 Keadaan Taman Wijaya yang banjir.
BANJIR: Keadaan Taman Wijaya yang banjir.

KOTA KINABALU: Pekan Manggatal bersama beberapa kawasan perkampungan serta taman perumahan di sekitarnya dilanda banjir.

Bencana berlaku berikutan hujan lebat yang turun sejak petang Sabtu sehingga Ahad telah menyebabkan paras air meningkat secara mendadak.

Antara kawasan yang dilanda banjir adalah Kampung Rampayan, Kg Dombung, Kg Tabur, Taman Wijaya serta beberapa laluan jalan raya utama di Pekan berkenaan.

Tinjauan juga mendapati sungai yang terletak di sepanjang Kg Rampayan dan Dombung turut berada dalam keadaan paras tinggi sehingga mengakibatkan banjir di kawasan sekitarnya.

 Pekan Manggatal yang turut dinaiki air pada malam Sabtu.
BANJIR: Pekan Manggatal yang turut dinaiki air pada malam Sabtu.

  • oleh
  • Advertisement