Anda di sini

Dua warga asing miliki syabu ditahan

Advertisement
 Kedua-dua suspek ditahan sebelum diserahkan ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat POlis Daerah IPD Semporna. 
SUSPEK : Kedua-dua suspek ditahan sebelum diserahkan ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat POlis Daerah IPD Semporna. 

 SEMPORNA: Dua lelaki warga asing disyaki memiliki dadah jenis syabu ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) di jalan awam pekan Semporna, di sini.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna, DSP Mohammad Ismail berkata Pasukan PPM yang bertugas di lokasi tersebut terserempak dua lelaki dalam keadaan mencurigakan.

"Pasukan keselamatan berjaya menahan suspek terbabit dan hasil pemeriksaan kedua-dua mereka yang berumur 23 dan 25 tahun itu tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

"Pemeriksaan lanjut, pasukan keselamatan menjumpai dadah disyaki jenis syabu dan tiub yang digunakan untuk menghisap syabu di dalam beg sandang salah seorang daripada suspek,"katanya dalam kenyataan media, di sini.

Mohammad berkata, kedua-dua suspek ditangkap dan dibawa ke Markas Operasi PPM Semporna sebelum diserahkan ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah IPD Semporna.

"Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana memiliki dadah  jenis Methamphetamine (syabu),"katanya.

  • oleh
  • Advertisement