Anda di sini

PKPB seluruh Sarawak, Sibu kekal PKP

Advertisement
 

KUCHING: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bakal dilaksanakan di semua bahagian di negeri ini kecuali Sibu, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas (gambar). 

Menurutnya, arahan PKPB ini berkuatkuasa selama 14 hari mulai 18 Januari ini jam 12.01 pagi hingga 31 Januari 2021 jam 11.59 malam. 

“Beberapa keputusan dibuat hari ini pertama kita akan melaksanakan PKPB di semua bahagian di negeri Sarawak kecuali Sibu kerana Sibu kita telah laksanakan PKP.  SOP berhubung PKPB ini akan diumumkan esok,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dalam pada itu arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi Bahagian Sibu telah dikuatkuasa pada 16 Januari lepas hingga 29 Januari ini. 

Mengenai prosedur operasi standard (SOP) bagi rumah-rumah ibadat, Uggah berkata ia akan dikeluarkan oleh UNIFOR (Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain). 

Manakala SOP bagi perhimpunan di rumah panjang dan kampung-kampung akan dikeluarkan Majlis Adat Istiadat. 

  • oleh
  • Advertisement