Anda di sini

Netflix umum 70 filem 2021 dibintangi pelakon terkenal

Advertisement
 Gambar fail bertarikh 24 Februari 2019 ini menunjukkan calon Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Asal Terbaik untuk filem ‘Vice’ Adam McKay dan isterinya Shira Piven semasa tiba di majlis Anugerah Akademi ke-91 di Dolby Theatre, Hollywood. Netflix, yang sudah pun menjadi tuan bagi landskap filem era pandemik pada 2020, pada Selasa lepas menyajikan pratonton bagi keluaran-keluaran yang akan datang untuk tahun 2021, satu senarai dengan tidak kurang daripada 70 buah filem cereka yang penuh bintan
DITUNGGU-TUNGGU: Gambar fail bertarikh 24 Februari 2019 ini menunjukkan calon Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Asal Terbaik untuk filem ‘Vice’ Adam McKay dan isterinya Shira Piven semasa tiba di majlis Anugerah Akademi ke-91 di Dolby Theatre, Hollywood. Netflix, yang sudah pun menjadi tuan bagi landskap filem era pandemik pada 2020, pada Selasa lepas menyajikan pratonton bagi keluaran-keluaran yang akan datang untuk tahun 2021, satu senarai dengan tidak kurang daripada 70 buah filem cereka yang penuh bintan

NETFLIX, yang sudah pun menjadi tuan bagi landskap filem era pandemik pada 2020, pada Selasa lepas menyajikan pratonton bagi keluaran-keluaran yang akan datang untuk tahun 2021, satu senarai dengan tidak kurang daripada 70 buah filem cereka yang penuh bintang.

Pratonton ini adalah luar biasa bagi gergasi penstriman ini, yang selama ini mengeluarkan berita bagi hanya sebuah filem sahaja pada satu masa – satu kesaksian kepada pengaruhnya selepas ia dengan mudah mengatasi jumlah keluaran bagi setiap studio Hollywood.

Daripada drama, komedi dan sains fiksyen hingga kepada seram dan malah koboi, senarai itu merangkumi setiap genre filem utama sebelum tahun ini berakhir, dengan beberapa keluaran yang bakal menjadi saingan berpotensi bagi anugerah-anugerah utama.

Di antara tajuk-tajuk paling dinanti-nantikan adalah ‘Don’t Look Up’ dari pembuat filem Adam McKay yang terkenal kerana ‘The Big Short’ serta ‘Vice’ dan dibintangi Leonardo DiCaprio.

‘The Harder They Fall’, sebuah filem koboi yang diterbitkan bersama Jay-Z dan dengan barisan pelakon yang umumnya berkulit hitam termasuk Regina King dan Idris Elba, juga berjanji untuk menjadi sebuah filem yang akan dinanti-nantikan.

Namun senarai berkenaan memuatkan tarikh tayangan perdana untuk hanya 10 buah filem sahaja – dari awal Januari hingga pertengahan Mac.

Pengumuman itu – menerusi sebuah risalah dalam laman sesawang saluran penstriman itu – diiringi sebuah video pendek yang disampaikan oleh bintang ‘Wonder Woman’ Gal Gadot, pelakon utama ‘Jumanji’ Dwayne Johnson dan pelakon ‘Deadpool’ Ryan Reynolds.

Video itu turut memaparkan Regina King, Adrien Brody, Meryl Streep, Sandra Bullock, Octavia Spencer, Jeremy Irons – malah Leonardo DiCaprio dan Jennifer Lawrence – untuk mempamerkan  beberapa pemenang Oscar yang telah diambil oleh Netflix bagi musim 2021.

Pengarah yang dipaparkan dalam senarai itu termasuk nama terkenal seperti Jane Campion untuk ‘The Power of the Dog’, Halle Berry dan Lin-Manuel Miranda dalam usaha pertama mereka di belakang kamera.

Johnson, Gadot dan Reynolds akan muncul di dalam ‘Red Notice’, sebuah filem aksi dengan bajet AS$160 juta, menurut media Amerika Syarikat.

Netflix tidak menjawab pertanyaan AFP tentang yang mana – jika ada – daripada filem-filemnya pada 2021 juga akan dikeluarkan di pawagam.

Pratonton berkenaan diadakan ketika Warner Bros. mengumumkan senarainya sendiri, untuk mendedahkan bahawa ia akan mengeluarkan kesemua 17 filemnya pada 2021 secara serentak di pawagam dan juga menerusi platform HBO MAX. — AFP

Advertisement