Anda di sini

Bot tunda karam, tiga masih hilang

Advertisement
 Ahli keluarga memeluk Asman sejurus tiba di jeti Maritim Malaysia.
DITEMUI: Ahli keluarga memeluk Asman sejurus tiba di jeti Maritim Malaysia.

Asman berpaut pada pelampung keselamatan selama tujuh jam di laut

SANDAKAN:  Seorang krew bot tunda tempatan harungi detik cemas terjatuh dari bot hingga terapung menggunakan pelampung keselamatan selama tujuh jam dalam kejadian bot tunda karam di Kuala Kinabatangan Besar, awal pagi Rabu lepas.

Asman Mohamad ,31, menceritakan kejadian itu berkata ketika bot tunda Ever Winner sedang menunda sebuah tongkang (barge) berisi minyak sawit mentah menuju ke Sandakan telah mengharungi cuaca buruk.

 Mohamad Mal.
MASIH HILANG: Mohamad Mal.

"Saya selaku ketua jurutera bot telah meminta kapada ayah saya yang merupakan kapten bot untuk berpatah balik ke muara sungai berkenaan," katanya.

Beliau berkata ayahnya telah berpatah balik bagi memasuki muara sebelum bot di pukul ombak dari arah belakang.

"Saya ketika itu berada di luar bot bersama seorang lagi krew. Ketika saya cuba memasuki bot menuju ke bahagian  enjin telah melihat rakannya jatuh ke laut.

"Bot yang tidak stabil dan telah senget tepi akibat dipukul ombak sebelum saya terjatuh tetapi sempat mencapai pelampung keselamatan," katanya.

Asman berkata ayah saya bersama seorang lagi krew masih berada dalam bot berkenaan.

 Mohd Hafiz Isyra Nagrah.
BELUM DITEMUI: Mohd Hafiz Isyra Nagrah.

"Dalam keadaan gelap dan laut bergelora, saya tidak tahu apa berlaku pada bot yang dikemudi oleh ayah saya dalam kejadian lebih kurang jam 4 pagi," katanya.

Beliau berfikir untuk menyelamatkan diri pada masa itu dan terapung selamat tujuh jam.

"Sekitar jam 11 pagi, saya melihat tongkang yang ditunda bot kami terdampar di pantai," katanya ketika ditemui sejurus tiba di Jeti Maritim Malaysia Zon Sandakan, pagi tadi (Jumaat).

Asman telah terlihat pakciknya, Rosli Antala ,48, yang merupakan krew tongkang Ever Eternity berada di atas tongkang berkenaan.

"Saya telah berenang ke arah tongkang berkenaan bagi menyelamatkan diri selepas tujuh jam berada di laut," katanya.

Beliau berkata pasukan penyelamat dari Maritim Malaysia telah datang menyelamatkan kami pada sebelah petang hari yang sama.

 Azlan Hassan.
HILANG: Azlan Hassan.

Asman melahirkan rasa syukur kerana terselamat dari kejadian itu tetapi rasa sedih ekoran ayah dan dua krew bot tunda masih gagal ditemui.

Beliau dimaklumkan bot tunda yang dikemudi oleh ayahnya dipercayai telah karam.

Asman mendoakan ayahnya, Mohamad Mal ,49, serta dua krew, Mohd Hafiz Isyra Nagrah ,22, dan Azlan Hassan ,23, ditemui dalam keadaan selamat.

  • oleh
  • Advertisement