Anda di sini

Sanitasi awam di pejabat JTS Limbang

Advertisement
 Anggota bomba melakukan sanitasi awam operasi COVID-19 di pejabat JTS Bahagian semalam.
NYAH KUMAN: Anggota bomba melakukan sanitasi awam operasi COVID-19 di pejabat JTS Bahagian semalam.

LIMBANG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Tujuh Limbang melakukan proses sanitasi awam operasi COVID-19 di pejabat Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Bahagian semalam.

Ketua JBPM Zon Tujuh Limbang Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal berkata, proses sanitasi awam dilakukan membabitkan tingkat tujuh dan lapan pejabat itu di Bangunan Limbang Plaza.

“Semburan dilakukan dengan menggunakan tin semburan manakala kandungan cecair sanitasi yang digunakan ialah Clorox dan air dan anggota juga lengkap memakai alat perlindungan diri (PPE) termasuk sarung tangan dan pelitup hidung dan mulut,” katanya semalam.

Mohd Hazmin berkata, selesai melakukan proses sanitasi awam pasukan petugas dinyah cemar bagi memastikan keselamatan petugas dan mematuhi arahan jabatan yang telah ditetapkan.

Azman berkata, operasi yang bermula jam 9.50 pagi hingga 11 pagi itu disertai tujuh anggota.

Turut berada di lokasi, Ketua BBP Limbang Clarence D. Primus Tiandun dan operasi diselia Penyelia Pasukan Charlie Pegawai Bomba Kanan Dua Awang Ibrahim Amit.

Advertisement