Anda di sini

Penyelidik Swinburne Sarawak aktif manfaat potensi kejuruteraan, teknologi

Advertisement
 Menghasilkan baja kompos daripada sisa buangan dapur.
HASIL: Menghasilkan baja kompos daripada sisa buangan dapur.

KUCHING: Kumpulan penyelidik daripada Swinburne University of Technology Kampus Sarawak (Swinburne Sarawak) bergiat aktif dalam memanfaatkan potensi bidang kejuruteraan dan teknologi bagi menggalakkan komuniti yang berdikari dalam mencari jalan penyelesaian.

Ini terbukti dengan empat projek yang dijayakan bersama komuniti sempena persidangan ‘8th IEEE Region 10 Humanitarian Technology Conference 2020’ (8th IEEE R10 HTC 2020) yang dianjurkan bulan lepas.

Projek-projek yang dilaksanakan oleh Sekolah Penyelidikan Swinburne itu termasuk persidangan antarabangsa IEEE R10 HTC 2020 dan tiga projek teknologi kemanusiaan.

Semua projek tersebut ditaja oleh IEEE (US) Humanitarian Activities Committee, IEEE Region 10 TENHUMCH, IEEE Sarawak Subsection dan IEEE Malaysia Section.

IEEE R10 HTC merupakan persidangan pelbagai disiplin yang menyediakan platfom kepada jurutera, ahli teknologi, saintis, pelabur, wakil pertubuhan bukan kerajaan, agensi kerajaan, ahli akademik dan industri untuk membincangkan kemajuan terkini dalam teknologi kemanusiaan.

Ini termasuk perbincangan dalam disiplin Kejuruteraan Elektrikal & Elektronik, ‘Artificial Intelligence’, Pengkomputeran & IT, Keselamatan, Pengurusan Bencana, Bandar Raya & Perkampu-ngan Pintar, Revolusi Per-industrian 4.0, Perdagangan Digital, Pendidikan, Kesihatan serta disiplin penyelidikan yang lain.

Tema persidangan tahun ini yang berjudul ‘Digital Ecosystem for Humanita-rian’ fokus kepada jangkaan masyarakat terhadap keupayaan teknologi kemanusiaan dalam menyediakan penyelesaian praktikal dan berkekalan.

Beberapa kertas telah dibentangkan oleh ahli pe-nyelidik dari Malaysia, India, Bangladesh, Filipina, Sri Lanka, Indonesia, Jepun, China, Australia, Mongolia, Singapura, Taiwan, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Perancis.

IEEE Sarawak merupakan subseksyen yang pertama dalam IEEE Region 10 yang berjaya menganjurkan persidangan Region 10 Flagship.

Beberapa ahli akademik daripada Swinburne Sarawak turut terlibat sebagai ahli jawatankuasa persidangan itu termasuk Pengerusi IEEE R10 HTC 2020 Profesor Madya Lau Bee Theng, Profesor Su Hieng Tiong, Dr Hudyjaya Siswoyo Jo, Dr Riady Siswoyo Jo, Dr Then Yi Lung, Dr Tay Fei Siang, Dr Siti Salwa Hashim dan Dr Mark Tee Kit Tsun.

Ucapan penutup persida-ngan pula disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor dan Ketua Pegawai Eksekutif Swinburne Profesor John Wilson.

Salah satu daripada projek teknologi kemanusiaan membabitkan penubuhan taman keluarga atau dapur menggunakan kompos sebagai baja organik yang bertujuan me-nguatkan kapasiti komuniti dalam menyediakan bekalan makanan sendiri.

Projek yang menerima geran berjumlah AS$2000 daripada IEEE Region 10 TENHUMCH Fund itu diketuai Dr Chew Jiuan Jing dan Lai Jia Chi, dibantu Profesor Madya Lau, pelajar Swinburne dan sukarelawan.

Seramai 50 ahli komuniti dari kawasan pinggir bandar raya Kuching terlibat dalam projek yang berlangsung selama lima minggu itu dan setiap rumah dibekalkan dengan kit kompos dan diberi tunjuk ajar cara-cara membina sistem kompos.

Mereka juga diajar tentang kemahiran dan cabaran proses kompos melalui bengkel dalam talian agar mereka lebih memahami proses kompos menggunakan sisa buangan dapur rumah.

Cabaran bekalan air dan kualiti air yang kurang me-muaskan memberi impak yang signifikan terhadap kesihatan kanak-kanak.

Sejumlah 51 isi rumah yang membabitkan 230 penduduk kampung termasuk 61 kanak-kanak dari kampung setinggan dekat Lorong Chawan di Kuching kerap mengumpul bekalan air minuman mereka dari satu sumber paip.

Projek seterusnya bertuju-an memberi pengetahuan tentang kepentingan bekalan air bersih dan kesedaran tentang pandemik COVID-19.

Kumpulan Swinburne itu telah menganjurkan tiga bengkel untuk mengajar 45 kanak-kanak tentang bekalan air bersih dan cara-cara membina penapis air buatan sendiri.

Kumpulan tersebut turut mengedarkan cenderamata Pack of Hope dan Pack of Love kepada setiap kanak-kanak serta topeng muka dan cecair pembasmi kuman untuk setiap rumah.

Projek itu adalah sebaha-gian daripada dana projek berjumlah AS$5000 yang ditaja oleh IEEE Humanitarian Activities Committee Events Fund.

Ia diketuai Dr Angelia Liew, Dr Hadi Nabipour, Dr Tay Fei Siang, Mohd Elfy Mersal dan Profesor Madya Lau serta dibantu pelajar kejuruteraan daripada pelbagai disiplin.

Satu lagi projek iaitu kem pengekodan dan elektronik telah dilaksanakan oleh universiti itu membabitkan 45 pelajar sekolah dari Kuching, Sibu dan Miri.

Projek yang ditaja oleh IEEE AS itu bertujuan memperkenalkan pelajar kepada cabaran dan penyelesaian masa depan dalam sektor air, tenaga dan makanan.

Projek itu diketuai Profesor Madya Lau dan dibantu Pensyarah Bioteknologi Dr Xavier Chee yang turut mereka modul kem tersebut.

Untuk maklumat lanjut mengenai Swinburne Sarawak, e-mel kepada [email protected] atau layari www.swineburne.edu.my, laman Facebook (@swinburnesarawak), Instagram (@swinburnesarawak), Twitter (@Swinburne_Swk) atau YouTube (Swinburne Sarawak).

Advertisement