Anda di sini

Penduduk di kawasan banjir diseru waspada harta benda

Advertisement
 Yii (kanan) memeriksa longkang besar di kawasan Senadin, semalam.
TURUN PADANG: Yii (kanan) memeriksa longkang besar di kawasan Senadin, semalam.

MIRI: Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Adam Yii mengingatkan penduduk dan pemilik kedai di sepanjang kawasan Pantai Lutong, bekas laluan Shell Airstrip, Jalan Batu Satu dan kawasan Senadin agar berwaspada serta mengambil langkah berjaga-jaga dengan harta benda mereka.

Yii dalam kenyataan media petang semalam berkata, ia berikutan ramalan cuaca yang menjangkakan hujan lebat dan ribut petir dalam tempoh beberapa hari di Miri yang akan mengakibatkan banjir kilat terutama di kawasan rendah.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan bagi memeriksa beberapa kawasan yang terjejas akibat banjir kilat berikutan hujan lebat dan kenaikan paras air disebabkan air pasang di pinggir laut pagi semalam.

Antara kawasan yang terjejas dan dilawat ialah kawasan Jalan Sealine, Senadin, Jalan Pantai di Lutong dan kawasan Tudan.

Jelas Yii, MBM akan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah tersumbat terutama di saluran air yang tersumbat disebabkan tempat pembuangan sampah.

Pada masa sama, Yii turut menggesa orang awam setiasa mematuhi langkah keselamatan di rumah terutama ketika menggunakan peralatan elektrik.

“Sekiranya memerlukan sebarang bantuan, segera hubungi talian hotline 999 atau Bomba di talian 085-420 991 atau 085-422 973,” tambahnya.

Hadir sama padalawatan itu ialah Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong, Setiausaha MBM Morshidi Fredrick, Ketua Bahagian Perhubungan Awam MBM Mohd Zaidi serta pegawai Jabatan Kejuteraan MBM.

Advertisement