Anda di sini

Penduduk cadang lokasi SJR diletak dekat sempadan antara daerah

Advertisement
 Lokasi SJR terletak dekat pintu masuk Pusat Kebudayaan Murut.
SEKATAN: Lokasi SJR terletak dekat pintu masuk Pusat Kebudayaan Murut.

TENOM: Beberapa kumpulan media sosial di sini mencadangkan Sekatan Jalan Raya (SJR) dipindahkan ke lokasi sempadan antara Tenom - Keningau dan bukan berdekatan pintu masuk Pusat Kebudayaan Murut di Inalisan Pulong.

A Salim dari Pekan Kecil Melalap berkata, lokasi SJR itu meletakkan mereka seolah-olah bergerak dari daerah lain sedangkan mereka juga adalah penduduk Daerah Tenom.

"Sekatan larangan rentas daerah mungkin boleh diletakkan di sempadan antara daerah...sekadar pandangan," katanya.

Salim melahirkan keluhan bahawa penduduk dalam daerah yang sama terpaksa melewati beberapa sekatan jalan raya.

Sementara B Taylor berpendapat lokasi SJR antara Tenom - Keningau diletak berdekatan Kg Senagang, Keningau dan bukan di Kg Pulong, Tenom.

  • oleh
  • Advertisement